awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Palestin tekankan keperluan mendesak solidariti global - Sultan Kedah

Bernama
Bernama
18/10/2023
10:01 MYT
Isu Palestin tekankan keperluan mendesak solidariti global - Sultan Kedah
Sultran Kedah bertitah, prinsip zakat dan wakaf ialah asas dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja di Palestin, malah di seluruh dunia. - Bernama
ALOR SETAR: Isu di Palestin menekankan keperluan mendesak untuk solidariti global, belas kasihan dan perkongsian sumber, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Baginda bertitah dalam hal ini, prinsip zakat dan wakaf ialah asas dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja di Palestin, malah di seluruh dunia.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada rakyat Palestin yang menanggung penderitaan tidak berkesudahan dan mencari keadilan melangkaui banyak generasi.
"Oleh itu, saya menantikan idea inovatif dan penyelesaian anda yang akan dibangkitkan dalam forum ini, untuk meringankan penderitaan mereka yang memerlukan," titah baginda pada Persidangan Antarabangsa ke-12 Forum Zakat dan Wakaf di sini hari ini.
Sultan Sallehuddin bertitah antara cabaran paling mendesak ialah peranan zakat dan wakaf dalam memastikan keselamatan makanan global yang mampan.
Baginda bertitah dalam dunia yang mengalami ketidaktentuan ekonomi, wabak dan krisis geopolitik berterusan, isu berkenaan harus kekal menjadi keutamaan.
Menerusi titah baginda, Sultan Salehuddin memuji usaha dilakukan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam menangani isu keselamatan makanan di peringkat negeri dan negara.
"Untuk menekankan potensi zakat dan wakaf dalam menangani keselamatan makanan global, kita memulakan program Smart Sawah Berskala Besar Asnaf yang menumpukan untuk memastikan rantaian bekalan pengeluaran beras yang mampan, memberi manfaat kepada asnaf dan menunjukkan komitmen dan rasa tanggungjawab seperti terkandung dalam amalan zakat," titah baginda.
Sultan Sallehuddin juga menggesa peserta forum untuk memanfaatkan platform berkenaan supaya usaha itu dapat diterjemahkan kepada tindakan bagi menangani cabaran mendesak di hadapan dengan matlamat utamanya bertujuan membasmi kebuluran dan kemiskinan.
Bertemakan "Feeding the World: Zakat and Waqf Towards Sustainable Global Food Security", forum itu bertujuan menyediakan platform untuk perbincangan yang bermanfaat, perkongsian amalan terbaik dan membentuk kerjasama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Sultan Kedah
#zakat
#solidariti global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan