awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Ikon Bahasa Melayu Negara Lim San Shien dilantik YDP Debat Statistik Negara 2025
Banjir di Kuching: Jumlah mangsa menurun, PPS meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pembubaran Parlimen tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/10/2020
12:06 MYT
Isu pembubaran Parlimen tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet - Ismail Sabri
Isu pembubaran Parlimen tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Kabinet pada Isnin, tegas Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Tiada isu mengenai pembubaran Parlimen dibangkitkan dalam Mesyuarat Khas Kabinet, tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak percaya dengan sebarang maklumat tidak sahih atau menerimanya bulat-bulat.
"Banyak perkara yang berlaku pada setiap hari bagi tujuan mengelirukan orang ramai, jadi suka saya maklumkan, sepatutnya saya tak boleh maklumkan, tadi memang ada Mesyuarat Khas Kabinet.
"Namun perkara mengenai pembubaran Parlimen tidak dibincangkan pun hari ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp mengenai cadangan untuk membubarkan Parlimen ketika Mesyuarat Khas Kabinet, yang tular di media sosial.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan surat kebenaran bekerja untuk tujuan lain termasuk bercuti pada hujung minggu boleh diambil tindakan tegas.
"Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. Surat ini untuk bekerja bukan untuk holiday di hujung minggu atau sebagainya," katanya samnbil memaklumkann surat tersebut adalah bagi memudahkan pekerja untuk melalui sekatan jalan raya tanpa sebarang kesulitan.
Dalam pada itu, beliau juga menambah yang pihak polis juga bersetuju untuk mewujdudkan laluan khas kepada pekerja yang mempunyai surat kebenaran termasuk kepada kenderaan yang mengangkut produk-produk perkilangan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#laluan khas
#Sekatan Jalan Raya
#COVID-19
#Mesyuarat khas Kabinet
#pembubaran Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan