KUANTAN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu dipertimbang untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial tersebut.
Beliau berkata terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh golongan terbabit selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun di platform itu.
"Tetapi berdasarkan pengalaman, termasuk mereka di kawasan saya (Parliman Lembah Pantai), ramai pelajar sekolah rendah yang ada akaun TikTok. Ini suatu keadaan yang amat menggusarkan dan merisaukan.
"Ada beberapa trend yang tidak baik yang kita lihat tular di media sosial termasuk TikTok dan kanak-kanak boleh terikut. Saya rasa kita perlu awasi apa yang anak-anak layari bila menggunakan Internet.
"Kita mungkin perlu memanggil pengurusan TikTok untuk mendapatkan penjelasan dari segi penguatkuasaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat ke atas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Selain itu, Fahmi berkata beliau juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara jika perlu mengambil tindakan perundangan terhadap pengurusan TikTok berhubung pemilikan akaun oleh kanak-kanak, seperti yang telah dilakukan negara luar.
Ditanya jika TikTok telah melakukan penambahbaikan selepas dinyatakan pematuhan operasinya terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan perlu diperbetulkan sebelum ini, Fahmi berkata: "Mereka telah memperbaik, namun tindakan berkaitan sedang diteliti bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Kita sudah ada beberapa pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara dan sedang teliti beberapa aspek dan akan bawa satu memorandum Jemaah Menteri untuk diputuskan sebelum kita mengambil tindakan," katanya.
Fahmi berkata tindakan itu dibuat kerana berlaku penyalahgunaan media sosial itu antaranya dalam isu seperti ekstremisme, fahaman agama melampau, budaya takfiri dan isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
FAHMI: Kita mungkin perlu memanggil pengurusan TikTok untuk mendapatkan penjelasan dari segi penguatkuasaan. - Gambar fail
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Isu pemilikan akaun kanak-kanak bawah umur akan dibincang dengan TikTok - Fahmi
Garis panduan komuniti TikTok menyatakan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun di platform itu.
Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, pada dua minggu lalu.
Mahkamah Rayuan kekal keputusan perintah kanak-kanak jalani ujian paterniti
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk M. Gunalan dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini dalam rayuan berhubung kes pertikaian paterniti.
Dipenjara 15 tahun, 9 sebatan rogol, setubuh luar tabii sepupu bawah umur
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sembilan sebatan kerana merogol, melakukan persetubuhan di luar tabii serta melakukan amang seksual terhadap sepupunya.
Buka sekolah: Filipina mula beri vaksin COVID-19 kepada remaja 12-17 tahun
Kerajaan merancang untuk membuka semula persekolahan secara bersemuka di 120 sekolah pada bulan depan.