NATIONAL
Isu pengangguran: Manfaatkan peluang ekonomi gig, ambil kesempatan bekerja sambilan

Syarikat e-hailing seperti Grab dan Foodpanda memang memerlukan pekerja gig. - Gambar fail
Penularan pandemik COVID-19 memberikan impak dalam pelbagai sektor di negara ini, khususnya dalam sektor ekonomi dan pekerjaan, yang sekali gus meningkatkan kadar pengangguran.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif portal pencarian kerja, Maukerja.my Ray Teng berkata penganggur digalakkan memanfaatkan peluang pekerjaan dalam ekonomi gig.
Ray juga berkata platform ekonomi gig dilihat sebagai peluang terbaik buat penganggur untuk mencari pendapatan sementara menunggu pekerjaan tetap.
“Kami mengalakkan penganggur untuk bekerja secara sambilan dan menceburkan diri dalam ekonomi gig terlebih dahulu sementara menunggu pekerjaan tetap dan ekonomi negara ini untuk pulih.
Dalam masa yang sama, beliau berkata data yang diperoleh di laman web Maukerja.my menyaksikan trend meningkat dalam pengiklanan jawatan kosong oleh syarikat dalam ekosistem ekonomi gig.
Oleh itu, beliau menyarankan pihak kerajaan untuk memperkasakan syarikat-syarikat sedemikian selain menyediakan latihan kepada orang ramai untuk menjalani program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) dalam menempuh cabaran normal baharu akibat tempias wabak COVID-19.
“Kami menyarankan kerajaan supaya bekerjasama dengan sektor latihan untuk melatih orang ramai supaya mempunyai kemahiran untuk menukarkan pekerjaan mereka daripada sektor tradisional kepada sektor dalam talian.
“Menerusi cara ini juga, ia akan mencipta peluang pekerjaan yang baharu,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami