SHAH ALAM: Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menasihati mana-mana pihak agar berhenti menyalahgunakan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Timbalan Presiden Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), S Nadarajan berkata, ini kerana KWSP merupakan dana perlindungan sosial yang ditubuhkan sebagai mekanisme simpanan untuk dimanfaatkan selepas bersara.
Jelasnya, ia bertujuan supaya pekerja berdikari dari segi ekonomi semasa persaraan mereka bagi mengelak kesan sosioekonomi yang buruk.
"Apakah yang akan berlaku kepada individu setelah bersara kelak apabila mengeluarkan wang KWSP mereka?
"Beban akan menimpa keluarga dan negara, ia umpama situasi menendang tin ke jalan raya," jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, ahli-ahli politik pula bertindak seolah-olah mereka memihak kepada rakyat, namun tidak berbuat apa-apa sehinggakan telah menimbulkan isu ekonomi yang serius dalam kalangan rakyat dan negara.
Mengulas lanjut katanya, terdapat banyak keputusan dasar yang boleh diambil kerajaan untuk menangani isu ekonomi B40 dan M40.
Antaranya beliau berkata termasuklah penetapan gaji sara hidup mandatori, memastikan hak perlindungan kesatuan sekerja yang mencukupi dan sebagainya.
Mengulas mengenai pengeluaran KWSP sebelum ini, beliau menjelaskan ia berikutan wabak COVID-19 melanda negara telah memberi kesan ke atas kumpulan B40 dan M40 menyebabkan kerajaan pada masa itu membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP mereka untuk mengurangkan krisis ekonomi.
Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengikut langkah kerajaan Selangor yang membayar gaji tambahan sebulan kepada pekerja untuk membolehkan golongan itu menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah.
"Selain itu, sektor swasta perlu diwajibkan untuk mengambil langkah yang sama. Para pekerja, khususnya komuniti B40 dan M40 di negara ini menderita," ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 04 2023
Menurut SPCAAM, KWSP merupakan dana perlindungan sosial yang ditubuhkan sebagai mekanisme simpanan untuk dimanfaatkan selepas bersara.- Gambar hiasan
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
KWSP terima lebih 2 juta permohonan pemindahan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel
Sebanyak 3.04 juta permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM5.52 bilion.
RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP
Barisan pengurus dana luaran KWSP menghasilkan pulangan yang baik tahun lepas dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi.
Memacu Malaysia Airports ke peringkat lebih tinggi, memperkukuh kesalinghubungan untuk pertumbuhan mampan
Potensi penambahbaikan yang diketengahkan oleh konsortium tersebut akan memberi manfaat kepada MAHB.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
Ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.