KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar mana-mana pihak tidak 'mencurahkan minyak ke dalam api' atau memburukkan lagi keadaan, terutama apabila membangkitkan isu perkauman yang mampu meruntuhkan semangat perpaduan di negara ini.
"Semua pihak tidak kira asal usul, latar belakang, status, haruslah sentiasa berusaha untuk saling faham memahami antara satu sama lain dan cuba lebih mengenali latar belakang semua kaum bagi menyemai semangat perpaduan yang tinggi untuk lebih bertoleransi," titah baginda menerusi kenyataan oleh Istana Arau hari ini.
Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima sembah menghadap Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, semalam.
Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Muzium Malaysia Datuk Kamarul Bahrin A.Kassim.
Baginda turut berkongsi pengalaman peribadi semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Kor Peninjau Di Raja (kini dikenali sebagai Kor Armor DiRaja) ketika negara bergelut dengan ancaman komunis, konfrontasi dengan Indonesia serta peristiwa 13 Mei.
Baginda bertitah anggota pasukan itu merupakan campuran pelbagai bangsa serta agama dan mempunyai semangat perpaduan yang amat tinggi bukan sahaja dalam melaksanakan tugasan, malah saling membantu walaupun di luar waktu kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
"Semua pihak tidak kira asal usul, latar belakang, status, haruslah sentiasa berusaha untuk saling faham memahami antara satu sama lain."
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Anwar, Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang kini sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.
Raja Perlis selamat jalani pembedahan kaki - Istana Arau
Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu.
Raja Perlis terima menghadap Perdana Menteri
Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Pasca PRU15: Tumpu pembangunan ekonomi, lupakan perbezaan politik - Raja Perlis
Raja Perlis mahukan supaya kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik dan wakil rakyat yang menang pada PRU15 di Perlis, untuk melupakan perbezaan politik.
DUN Perlis dibubarkan hari ini
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan Raja Perlis untuk memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU15.
Jalan, premis tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup - Raja Perlis
Kecuali nama Raja-Raja, jalan-jalan, bangunan, masjid dan sekolah tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup.
Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Raja-Raja ke-259
Mesyuarat dua hari bermula hari ini turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.
Raja Perlis seru umat Islam bela sunah Rasulullah SAW
Titahnya, Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala amalan tahyul, khurafat dan tokok tambah tanpa asas.
Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis
Perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara, titah Tuanku Syed Sirajuddin.