Isu perobohan sebuah kuil Hindu di atas tanah milik persendirian di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini, pada 11 Jan lalu, dianggap selesai setelah pihak pengurusan kuil bersetuju berpindah ke tapak baharu yang disediakan oleh kerajaan negeri.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya bersama pengurusan kuil itu telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu selepas melawat tapak seluas 0.404 hektar yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor di kawasan Seri Alam hari ini.
"Kita harap masyarakat India tidak terlalu emosi dalam berdepan dengan isu tersebut dan pada umumnya menerima penyelesaian ini dengan sebaiknya," katanya pada Majlis Transformasi Rumah Ibadat di SekolahJenis Kebangsaan Tamil Masai, hari ini.
Justeru, katanya, MIC ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kesudian menyediakan sebidang tanah yang bernilai tinggi kepada pengurusan kuil terbabit.
Kuil berusia 80 tahun itu sebelum ini, mencetuskan kontroversi gara-gara dirobohkan selepas pemilik sah tanah itu mendapat perintah mahkamah setelah semua rundingan dengan pengurusan kuil itu menemui kegagalan.
Dalam isu berkaitan, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata pihaknya juga bakal mengadakan sesi dialog bersama persatuan-persatuan India dalam masa terdekat bagi membincangkan isu seperti ini agar ia tidak berulang pada masa akan datang.
Mengenai isu lain, beliau berkata sebanyak enam kuil akan dijadikan perintis kepada program transformasi tempat ibadat di seluruh negara.
Katanya, program bertujuan memastikan kuil-kuil dalam negara dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan supaya menjadi agen perubahan masyarakat selain program berbentuk keagamaan.
"Beliau berkata program tersebut akan diperluaskan ke semua kuil di seluruh negara jika projek perintis itu berjaya membawa perubahan kepada sosioekonomi masyarakat India.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
Subramaniam (tengah) ketika sidang media Program Transformasi Tempat Ibadat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Masai, Pasir Gudang hari ini. --fotoBERNAMA
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
JKNJ nafi ada kes COVID-19 di Bandar Seri Alam
Dr Aman Rabu memaklumkan bahawa terdapat satu kenyataan tular yang memaparkan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah terhadap seorang kontak pesakit COVID-19.
Isu perobohan kuil di Seri Alam selesai - Dr Subramaniam
Pihaknya bersama pengurusan kuil telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu selepas melawat tapak seluas 0.404 hektar yang diberikan kerajaan negeri Johor di kawasan Seri Alam hari ini.