Kerajaan tidak berhasrat untuk mengeruhkan konflik antara Malaysia dan Singapura, menurut Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.
Katanya, Malaysia sedang mencari jalan penyelesaian susulan isu ruang udara dan sempadan laut antara kedua-dua negara.
Tambahnya, walaupun negara tidak mahu ketegangan ini berterusan, Malaysia tidak akan beralah.
"Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Kementerian Luar telah mengatakan mereka mahu meredakan keadaan.
"Kita tidak mahu terus mengeruhkan keadaan. Kita tidak akan melawan api dengan api. Tiada manfaat jika konflik diteruskan.
"Sementara Singapura tidak mahu mengalah, Malaysia juga tidak akan beralah. Jadi, biar dua negara ini berunding," katanya pada Forum 'New Malaysia Rising: The Challenge Of Fulfilling The Dreams' di Universiti Sunway, di sini pada Selasa.
BACA: Malaysia dan Singapura seperti kembar - Tun Mahathir
Sebelum ini, Malaysia mencadangkan mesyuarat diadakan dengan Singapura untuk membincangkan isu ruang udara dan sempadan maritim yang belum selesai.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada 6 Disember membayangkan bahawa mesyuarat itu juga akan memaklumkan 'contact' yang telah dibuat antara menteri pengangkutan dari kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu Sistem Pendaratan Instrumen (ILS).
BACA: Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura
BACA: Pelabur tidak perlu bimbang mengenai ketegangan antara Malaysia-Singapura
Isu-isu itu dibangkitkan selepas Singapura menyiarkan tatacara ILS dan ILS Aeronautical Information Publication (AIP) pada 1 Disember dengan persetujuan Malaysia.
Republik itu juga mendakwa bahawa Malaysia baru-baru ini dikatakan mengambil langkah untuk memperluaskan had pelabuhan Johor Bharu melalui cara menceroboh Perairan Wilayah Singapura sekitar Tuas.
BACA: Singapura tolak cadangan Malaysia untuk hentikan penghantaran aset
BACA: Malaysia-Singapura dicadang henti hantar aset ke kawasan dipertikaikan
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa hab pelabuhan Johor Bharu yang baru berada dalam lingkungan perairan Malaysia.
Arfa Yunus
Tue Dec 11 2018
LIEW: Kita tidak mahu terus mengeruhkan keadaan. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura bertemu pada 24 Jan
Selain isu berkaitan ruang udara di Pasir Gudang, turut dibincangkan ialah ruang dan peluang untuk Firefly mendapatkan lebih slot penerbangan melalui Lapangan Terbang Seletar.
Malaysia-Singapura setuju gantung pelaksanaan RA dan ILS
Kedua-dua pihak akan menggantung serta-merta pelaksanaan tersebut selama sebulan.
TPM Singapura berada di Putrajaya sampaikan perutusan PM Lee kepada Tun M
Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu.
ILS perlu dibincang di meja rundingan - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas negara jiran itu, sebaliknya mahu ia diselesaikan secara rundingan.
Kata Singapura ILS tidak timbulkan risiko keselamatan di Pelabuhan Pasir Gudang
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan menegaskan bahawa rancangan Singapura untuk memperkenalkan sistem ILS untuk Lapangan Terbang Seletar tidak akan menimbulkan sebarang risiko keselamatan.
Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew
Malaysia sedang mencari jalan penyelesaian susulan isu ruang udara dan sempadan laut antara kedua-dua negara.
Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia cadang mesyuarat dengan Singapura
Malaysia mencadangkan mesyuarat diadakan dengan Singapura untuk membincangkan isu ruang udara dan sempadan maritim yang belum selesai.
Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, penyiaran itu bertentangan dengan prinsip hak kedaulatan negara yang diperuntukkan di bawah Convention on International Civil Aviation.