PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa menegaskan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai mahupun anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kementeriannya yang terlibat dalam salah guna kuasa melindungi warga asing.
Beliau berkata terserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan atau terlibat dengan aktiviti yang berunsur rasuah dan sebagainya.
"Kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada agensi penguat kuasa dan jika benar berlaku apa-apa dan ada penemuan tertentu.
"Kita tidak akan melindungi mana-mana pihak, siapa sahaja kita akan ambil tindakan. Kita juga ada jawatankuasa atau unit khusus untuk melihat dari sudut disiplin dan sebagainya (sekiranya ada kakitangan) melanggar tata kelola dan tadbir urus yang baik," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia (SUKMA), di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan bahawa SPRM akan melancarkan operasi besar-besaran bagi menahan anggota penguat kuasa di PBT yang melindungi premis perniagaan warga asing.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan akan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River of Life' (RoL) yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
"Sebenarnya saya sudah jawab perkara ini di Parlimen, kita akan meneruskannya sebab hanya tinggal 19 peratus sahaja lagi dan seperti yang saya nyatakan, 81 peratus projek ini berjalan dengan baik.
"Bagi saya ini satu kerugian kalau kita tidak meneruskannya sebab kita tahu kalau projek RoL ini siap, ia akan memberikan pulangan yang besar kepada kerajaan," katanya.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan projek pemuliharaan sungai dalam kawasan bandar yang paling kompleks dengan kos tertinggi pernah dilaksanakan di Malaysia iaitu RM4.363 bilion itu dijangka tidak berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan tahun ini walaupun RM3.915 bilion telah dibelanjakan.
Mengikut laporan itu, sehingga Julai tahun lepas, lapan projek di bawah RoL masih dalam peringkat pelaksanaan dengan kemajuan di tapak antara 21 hingga 97.3 peratus, manakala kontraktor penyiap bagi dua projek yang telah ditamatkan kontrak masih belum dilantik, sementara 12 projek lagi belum dimulakan.
Analisis audit turut mendapati hanya 79.4 peratus kerja pengindahan sungai disiapkan dan 50 (16.9 peratus) daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasi atau dinaik taraf.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Dr Zaliha berkata, terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan. - Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International
SRC International menuntut Najib membayar pampasan RM42 bilion atas kerugian yang dialami syarikat.
Polis Labuan, SPRM ikrar perkukuh kerjasama perangi rasuah dan salah guna kuasa
ACP Muhammat Azis Malmod membuat ikrar itu semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Mohd Hamizi di pejabatnya pada Rabu.
Penyasaran subsidi supaya negara tidak bankrap, bukan mahu bebankan rakyat - PM Anwar
Anwar berkata tindakan melaksanakan pelarasan tarif elektrik dan apungan harga barangan keperluan tertentu bukan untuk menyusahkan rakyat.
Rasuah: Pengurus Pembangunan Felcra Training & Consultancy dipenjara 7 tahun, denda lebih RM7 juta
Seorang pengurus pembangunan FTC dipenjara tujuh tahun dan denda RM7,132,000, selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
Bekas pegawai eksekutif GLC ditahan salah guna jawatan sokong lantik syarikat suami
Bekas pegawai GLC ditahan salah guna jawatan sokong lantik syarikat suami
PDRM tidak sekat agensi penguat kuasa siasat pegawai, anggota terlibat rasuah - KPN
PDRM tidak menyekat mana-mana agensi terutamanya SPRM untuk menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.