KUALA LUMPUR: Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini, serta menyelesaikan sesuatu isu secara baik, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
Beliau berkata mana-mana pemimpin parti tidak sepatutnya membesarkan sesuatu isu terutama berkaitan perkara yang sensitif termasuk isu penjualan stoking tertera kalimah "Allah" di pasar raya KK Mart.
"Kita sebagai pemimpin politik perlu membina jambatan bagi menyelesaikan isu ini, turunkan suhunya. Itu pendekatan kita buat sebagai satu parti dan kerajaan, dan tidak memperbesarkan sesuatu isu," katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan mock cheque kepada TAR UMT, di sini hari ini.
Beliau berkata pandangan itu juga telah disampaikan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa majlis berbuka puasa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan dan perwakilan asing di Istana Negara, semalam.
Loke mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Salleh yang membidas KK Mart susulan penjualan stoking tertera kalimah "Allah" dalam tulisan rumi dan jawi di pasar raya berkenaan dan turut menggesa orang ramai untuk memboikot KK Mart sekiranya tidak membuat pemohonan maaf secara bertulis.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan Dr Muhamad Akmal kerana KK Mart telah mengemukakan permohonan maaf serta mengakui kesilapan mereka.
"Jadi apabila permohonan maaf itu dibuat, sepatutnya kita menyelesaikan isu itu dengan baik dan membina jambatan. Kita merasakan bahawa dalam isu sensitif ini, perlu ditangani dengan berhemah.
"Saya sendiri menghubungi pengasas KK Mart Datuk Seri KK Chai yang kebetulan saya kenali beliau dan saya telahpun bantu dia, mengaturkan satu pertemuan dengan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
"Malah Datuk Seri KK Chai telah bertemu dengan ketua pengarah JAKIM semalam untuk memberikan penjelasan dan sebagainya. Jadi ada prosesnya dengan pihak berkuasa agama dan sebagainya, yang akan menyiasat perkara yang berlaku," katanya.
Sebelum ini tular gambar stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas ia dimuat naik oleh pengguna di media sosial sejak 13 Mac lepas.
Susulan itu pelbagai pihak tampil mengecam tindakan kedai serbaneka terbabit sebelum pengasasnya dan syarikat pembekal membuat sidang media permohonan maaf pada 16 Mac lepas dan pasar raya itu juga dilapor menghentikan penjualan produk berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Loke ditemui mediaselepas menghadiri majlis penyerahan mock cheque kepada TAR UMT, di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.
Dr Akmal persoal kenapa diambil keterangan di Sabah
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenapa beliau perlu memberi keterangan di Sabah sedangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan di negeri ini.
'Dr Akmal patut henti main isu KK Mart, hayati titah Agong' - Nik Nazmi
"Nasihat saya kepada Akmal, keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama."
Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.
Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai pada Rabu.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
Pembekal stoking kalimah Allah, tiga pengarah didakwa
Syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang bertanggungjawab mengedar barangan kepada KK Super Mart bersama tiga pengarah syarikat itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen.
Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah hina agama Islam
Chai Kee Kan dan Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.
UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.
Stoking kalimah Allah: Kertas siasatan lengkap, polis tunggu arahan Peguam Negara
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.