Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga Tabung Haji (TH), pada Isnin.

Beliau berkata pengumuman berkenaan antaranya berkaitan laporan kewangan TH 2017 yang didapati bercanggah seperti isu keuntungan akan dibuat pada sidang media di Parlimen.

“Kita terpaksa dedahkan dan memberikan penjelasan dengan apa dapatan yang kita jumpa dalam Tabung Haji amat menyedihkan kerana ia melibatkan kepentingan Islam,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Sebelum mengetahui apakah butiran lanjut mengenai perkara itu elok kita singkap semula beberapa isu semasa yang menyelubungi TH dan yang perlu kita tahu.

Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 November 2018, membuat dua laporan polis melibatkan beberapa bekas pengurusan kanannya.

Antaranya melibatkan bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.

TH berkata laporan dibuat melibatkan dana berjumlah lebih daripada RM22 juta dikeluarkan dari Program Yayasan Tabung Haji dan digunakan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

Laporan turut dibuat berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012.

Siapa yang terlibat?








Apa berlaku selepas laporan polis dibuat?

1 Disember 2018

"Saya sahkan kita terima laporan polis daripada TH dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.”
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh


2 Disember 2018

"Sekiranya pihak terbabit didapati bersalah, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap TH.”
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

"Saya dikeji secara berterusan, baik dari kalangan penyokong UMNO, Pas mahupun rakyat biasa. Tidak ramai sahabat yang berani datang memberi sokongan kerana takut menjadi mangsa serangan juga.”
Rafizi Ramli

"Saya ditahan, didakwa dan masih menjalani perbicaraan kononnya memfitnah Tabung Haji. Ada pimpinan kanan yang menuduh kononnya saya telah menyebabkan ribuan orang Islam tidak boleh menunaikan ibadah haji.”
Rafizi Ramli


3 Disember 2018

“Terdapat sumber dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa barisan pengurusan TH sebelum ini memalsukan penyata kewangan tahun 2017 untuk membolehkan TH membuat bayaran dividen sebanyak 6.25 peratus pada bulan Februari 2018, iaitu hanya tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).”
Akhbar Sunday Times (Singapura)

"Saya terkejut SOP ini tidak diguna pakai walaupun saya bekas Pengerusi Tabung Haji. Adalah baik pihak Tabung Haji memanggil saya untuk memberikan keterangan dahulu. Kita boleh adakan siasatan dalaman, boleh tanya saya dahulu duit ini datang daripada mana, bagaimana diagihkan.”
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim


"Bakinya adalah hasil sumbangan UMNO Malaysia, kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat yang tidak pernah berniaga dengan Tabung Haji untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadhan pada 2017.”
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim


4 Disember 2018
11 Disember 2018