awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride

Tan Su Lin
Tan Su Lin
14/02/2017
04:26 MYT
Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride
Liow (tengah) menjawab soalan wartawan dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI/Tan Su Lin
Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa dengan Dego Ride bagi membincangkan tentang perkhidmatan dan operasi syarikat perkhidmatan teksi motosikal itu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dego Ride diberi masa seminggu untuk tampil mengadakan pertemuan bersama pihaknya di Kementerian Pengangkutan.
"Kami menerusi Jabatan Pengangjutan Jalan (JPJ) telah memanggil syarikat Dego Ride untuk datang ke Kementerian Pengangkutan bagi memberi penjelasan serta menerangkan tentang kedudukan mereka. Kami memberi mereka masa tujuh hari untuk tampil berjumpa," katanya di sidang media selepas majlis pecah tanah Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj meminta supaya diberi peluang untuk membahaskan isu pengangkutan berkongsi motosikal yang dilaksanakan sejak November lalu itu.
Bagaimanapun tegas Liow, pihaknya masih kekal dengan pendirian mengharamkan perkhidmatan Dego Ride berikutan ia mendatangkan risiko bahaya kepada keselamatan penumpang.
"Keputusan kerajaan adalah jelas iaitu mengharamkan perkhidmatan Dego Ride kerana kita tidak mahu menjejaskan keselamatan penumpang. Buat masa ini, pihak kementerian tidak akan meluluskan Dego Ride. Kami tidak akan berkompromi dengan keselamatan penumpang.
"Kami juga tidak mahu perkhidmatan pengangkutan awam bertukar menjadi teksi motosikal di bandar kerana kerajaan sedang meningkatkan perkhidmatan awam dengan MRT, monorel dan LRT dan banyak lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam," katanya.
Liow sebelum ini turut memberi amaran kepada Dego Ride agar tidak mencabar undang-undang negara setelah diarahkan menghentikan perkhidmatan tersebut atas faktor keselamatan.
Ia ekoran perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.
Topic Berkaitan
#dego ride
#Kementerian Pengangkutan
#keselamatan penumpang
#Liow Tiong Lai
#pengangkiutan awam motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan