KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi tempatan perlu menyelidik secara mendalam latar belakang setiap penceramah jemputan supaya tiada permasalahan timbul selepas itu, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang kekangan untuk mengadakan forum atau ceramah di Institusi Pengajian Tinggi.
"Apa yang kita mahu supaya universiti menyelidiki dulu, siapa penceramah tersebut. Kita tidak mahu apa yang berlaku di UM (Universiti Malaya) ini terjadi kembali.
"Kerana ini akan menjejaskan imej pelbagai pihak termasuk universiti itu sendiri. Contohnya, kita boleh menyelidik penceramah tersebut melalui media sosialnya dan mampu menilai kecenderungannya ke arah mana," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup pameran 'Defence, Security and Sustainability (DSS) 2024' di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semalam.
Pada Rabu, tular di X berhubung kehadiran pensyarah Bruce Gilley yang pro-Zionis dalam satu program di Universiti Malaya, yang dimuat naik sendiri oleh profesor sains politik tersebut.
Bagaimanapun, perkara itu mendapat kecaman rakyat Malaysia sebelum hantaran itu dipadam oleh Gilley, yang turut memberitahu dirinya telah meninggalkan Malaysia semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Mustapha berucap pada majlis penutup pameran 'Defence, Security and Sustainability 2024' di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, 25 Apr 2024. - Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik - Mustapha Sakmud
Mustapha berkata Kementerian Pendidikan Tinggi tidak menetapkan sebarang kekangan untuk mengadakan forum atau ceramah di IPT.
Universiti Malaya mohon maaf isu kontroversi ahli akademik pro-Zionis
UM memaklumkan sedang menambah baik prosedur dan garis panduan lebih ketat berhubung semakan latar belakang mana-mana individu yang dijemput bekerjasama.
Penampilan istimewa Yusuf Islam pada majlis Syarahan MADANI di Seri Perdana
Yusuf menggunakan dakwah sebagai senjata ampuh serta bertukar-tukar pandangan dengan pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej sebenar Islam.
Jemaah 70 tahun ke atas dibenar solat fardu dan Jumaat di masjid, surau
Jemputan penceramah luar juga dibenarkan dengan mematuhi Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013 Negeri Perak.