PUTRAJAYA: Pemuzik tersohor British Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens, semalam membuat penampilan istimewa sebagai penceramah jemputan pada majlis Syarahan MADANI di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam ucapan alu-aluan beliau berkata Yusuf adalah seorang daie yang memperjuang keamanan dan menggunakan dakwah sebagai senjata ampuh serta bertukar-tukar pandangan dengan pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej sebenar Islam.
"Hari ini kita amat bertuah dengan kehadiran Yusof Islam, bagi saya beliau adalah seorang individu yang hebat serta mengagumkan.
"Beliau memiliki keberanian serta komited melaksanakan tanggungjawabnya dengan begitu gigih. Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, semasa dunia dilanda malapetaka yang tragik, beliau masih menyampaikan mesej yang amat positif dek kerana komitmennya yang begitu utuh terhadap Islam," kata Anwar.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Anwar berkata tradisi majlis Syarahan MADANI ini akan diteruskan dengan penceramah jemputan bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara.
"Alhamdulillah, kita mempunyai tradisi ini untuk menimba ilmu dan belajar tentang dakwah di kediaman rasmi Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu, dalam ceramah beliau, Yusuf menceritakan perjalanan hidupnya ketika mencari ilmu tentang Islam bagi mendalami ajaran serta prinsip-prinsip agama suci ini.
Turut dikongsi bagaimana Yusuf terpaksa bergelut menepis prejudis dan sikap berat sebelah masyarakat sekeliling yang akhirnya membawa beliau mencari ketenangan serta bimbingan daripada ayat-ayat suci al-Quran.
Di sebalik cabaran yang terpaksa dihadapi dalam komuniti Islam, beliau menegaskan bahawa prinsip-prinsip Islam adalah kekal relevan sepanjang zaman terutama dalam aspek melindungi hak asasi manusia dan menjaga bumi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Anwar mendengar perkongsian pengalaman Yusuf dalam perjalanan memeluk agama Islam pada Majlis Syarahan MADANI di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Yusuf Islam bakal wujudkan 'Peace Train' di Malaysia
Beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.
Penampilan istimewa Yusuf Islam pada majlis Syarahan MADANI di Seri Perdana
Yusuf menggunakan dakwah sebagai senjata ampuh serta bertukar-tukar pandangan dengan pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej sebenar Islam.
Yusuf Islam hadiahkan gitar kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan
Penyanyi kelahiran Britain, Yusuf Islam menghadiahkan gitar miliknya kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Penempuhan Cat Stevens sebagai Yusuf Islam
Hasil kerja keras terjemahan ITBM dari naskah asalnya Why I Still Carry A Guitar The Spritual Journey of Cat Stevens to Yusuf.
Muzik perlu disertai adab dan pengisian, tidak perlu pisahkan jantina - Yusuf Islam
Yusuf Islam berpendapat adalah lebih baik jika masyarakat mendalami adab terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang larangan.
Yusuf Islam kagumi visi dan daya pemikiran Tun Mahathir
Yusuf sifatkan Mahathir sebagai pemimpin Islam yang bijaksana di dunia dan beliau kekal diingati sebagai pemimpin hebat.