awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Eropah bersatu bantah tarif AS berhubung Greenland
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Patuh teguran Agong, tindakan tegas Ahli Parlimen sentuh 3R dalam sidang Parlimen - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IUKL juga tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah Sarjana, PhD kepada Azizan Osman

Bernama
Bernama
30/09/2016
23:20 MYT
IUKL juga tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah Sarjana, PhD kepada Azizan Osman
Azizan juga adalah pengasas, pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan syarikat Richworks. - Gambar fail
Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) hari ini menjelaskan universiti itu tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada pengasas syarikat Richworks International Sdn Bhd, Azizan Osman.
"IUKL ingin mengesahkan bahawa Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD tidak dianugerahkan kepada Encik Azizan Osman seperti yang didakwa di media sosial," menurut universiti itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.
Menurut kenyataan itu adalah diharap kenyataan tersebut menyelesaikan kekeliruan berikutan dakwaan itu.
BACA: Isu ijazah Azizan Osman: Richworks International akan dapatkan penjelasan UM
Pada Khamis , Universiti Malaya (UM) turut memaklumkan tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan.
IUKL
Kenyataan media yang dikeluarkan IUKL dan dimuat naik di laman Facebook rasminya pada Jumaat. - Gambar fail
UM dalam kenyataan Khamis memberi penjelasan berhubung status gelaran berkenaan yang didakwa dianugerahkan oleh universiti berkenaan kepada Azizan sepertimana dibangkitkan dalam laman media sosial.
Richworks, yang ditubuhkan pada 2008, merupakan sebuah syarikat penganjuran seminar berkaitan pembangunan kemuncak prestasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan serta pembelian barangan dalam talian.
Sementara itu, Richworks dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Azizan, berkata syarikat itu kesal atas kesulitan tersebut dan akan menangani perkara itu sebaik mungkin.
Azizan juga adalah pengasas, pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan syarikat Richworks. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizan Osman
#Facebook
#IUKL
#PhD
#Richworks International Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan