Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) akan menutup (seal) semua lurang kumbahan (manhole) di loji rawatannya di Bandar Bukit Mahkota, Cheras dekat sini bagi mengelakkan perbuatan pembuangan sisa secara haram berlaku lagi di masa hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian melalui perbincangan yang dijalankan IWK telah bersetuju untuk menutup semua kira-kira 20 manhole di kawasan berkenaan secara kekal.
"Ini adalah untuk mengelakkan sebarangan orang untuk membuka manhole berkenaan, pihak saya juga akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang dan IWK supaya mengadakan kawalan 24 jam di tempat keluar masuk ke kawasan ini dan kita harap polis boleh buat rondaan untuk memastikan kawasan ini tidak lagi diceroboh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Sungai Semenyih tercemar lagi, lebih 328,000 pengguna berdepan gangguan bekalan air
Tambah Hee kawasan di Loji Olahan Air Sisa Kumbahan Bandar Putera Mahkota itu merupakan tempat yang terbiar tetapi mempunyai sistem pembentungan dan infrastruktur yang lengkap.
"Tidak banyak rumah dibina di sini, ada kira-kira tiga buah, kawasan ini juga bersempadan dengan Negeri Sembilan dan kawasan perindustrian, kita tidak boleh halang mereka masuk ke sini, untuk masa akan datang kita bercadang supaya memasang kamera litar tertutup di laluan keluar dan masuk," katanya.
Semalam Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, yang berpunca akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang membuang bahan sisa buangan haram dengan bau pelarut di lurang pembentungan sekitar loji milik IWK itu.
Susulan penutupan itu sebanyak 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 22 2019
Menurut Hee Loy Sian (gambar) melalui perbincangan yang dijalankan IWK telah bersetuju untuk menutup semua kira-kira 20 manhole di kawasan berkenaan secara kekal. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
IWK akan tutup secara kekal lurang kumbahan di Bandar Bukit Mahkota
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) akan menutup (seal) semua lurang kumbahan (manhole) di loji rawatannya di Bandar Bukit Mahkota, Cheras bagi mengelakkan perbuatan pembuangan sisa secara haram.