awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Imigresen selamatkan wanita Tanzania mangsa pemerdagangan manusia

Bernama
Bernama
31/01/2024
03:45 MYT
Jabatan Imigresen selamatkan wanita Tanzania mangsa pemerdagangan manusia
Wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara.
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan seorang wanita Tanzania berusia 25 tahun dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia, selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur, dua hari lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan pada pukul 4.30 petang itu dilancarkan oleh Unit Risikan Operasi Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA Imigresen Putrajaya hasil maklumat dari Suruhanjaya Tinggi Republik Tanzania di Kuala Lumpur.
Beliau berkata wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara.
"Wanita itu dikawal oleh anggota sindiket yang juga merupakan warganegara Tanzania untuk dieksploitasi sebagai pekerja seks," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya seorang wanita Tanzania berusia 32 tahun dikenali sebagai 'madam' turut ditahan dalam serbuan itu kerana disyaki menyalahguna kemudahan Pas Pelajar, dan menjadi 'ibu ayam'.
Ruslin berkata operasi itu menggunakan pendekatan siasatan awal bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
Sementara itu, Ruslin berkata modus operandi sindiket adalah dengan menjanjikan pekerjaan termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.
"Ahli sindiket dikesan sering berpindah-randah dari satu kediaman mewah ke kediaman mewah lain bagi mengelak kegiatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa," katanya.
Ruslin berkata mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara Interim Protection Order (IPO) dan kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JIM
#warga asing
#mangsa pemerdagangan manusia
#tanzania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan