PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki warga asing dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), susulan aduan dan risikan selama dua minggu.
Beliau berkata yang ditahan dalam operasi bermula pukul 2 petang itu terdiri daripada dua anggota sindiket yang merupakan lelaki warga Bangladesh kedua-duanya berumur 28 tahun, dan dua dalang utama sindiket itu yang terdiri daripada seorang lelaki warga Bangladesh berumur 31 tahun dan seorang warga India berumur 28 tahun.
"Kesemua yang ditahan tidak memiliki pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.
Ruslin berkata turut dirampas dalam serbuan itu empat pasport India dan satu pasport Pakistan milik orang lain, masing-masing satu pasport India dan Pakistan disyaki palsu, pasport Bangladesh, serta 26 keping Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) juga disyaki palsu.
Selain itu turut dirampas dua keping kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga disyaki palsu, dua komputer riba dan sebuah pencetak.
"Modus operandi sindiket adalah dengan menyasarkan warganegara dari negara sumber seperti Bangladesh, India dan Pakistan yang mempunyai masalah di Malaysia seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa.
"Suspek akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah ini dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan yang disediakan seperti penyediaan pasport palsu, PLKS palsu dan kad CIDB palsu," katanya.
Ruslin berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama setahun dan mengenakan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap pasport dan RM500 bagi setiap PLKS dan kad CIDB.
Kesemua individu berkenaan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Ruslin berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama setahun dan mengenakan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap pasport dan RM500 bagi setiap PLKS dan kad CIDB. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Pekan Ulu Tiram perlukan 'peremajaan', tukar imej 'pekan koboi'
Program peremajaan itu perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.
Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).
Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.
Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.
Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.