ALOR SETAR: Pemeriksaan lanjut terhadap semua feri penumpang akan dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi memastikan kejadian penumpang terkandas akibat pengangkutan tersebut rosak di Langkawi pada Rabu tidak berulang kembali.
Menurut Exco Pengangkutan Kedah, Azman Nasrudin, pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.
"JLM akan menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan semua feri penumpang boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian 423 penumpang terkandas selepas feri dijadualkan berlepas dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi ke Kuala Perlis mengalami kerosakan.
BACA: Feri rosak, air surut sebabkan penumpang terkandas tujuh jam di Langkawi
Bagaimanapun, semua penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis sekitar jam 11 malam pada Rabu.
Tambah Azman, feri penumpang dikenali My Master dijadualkan berlayar pada jam 2.30 petang Rabu namun mengalami kerosakan sebelah enjin sebelum diganti dengan Feri Starcity Express No 6.
Feri Starcity Express No 6 juga dikesan mengalami kerosakan pam bahan api pada saat akhir sebelum diganti pula dengan Feri Express Bahagia 99.
"Feri ini kemudiannya hanya boleh dibenarkan berlepas dari Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 10.00 malam setelah mengambil kira paras air di Kuala Perlis adalah 2.2 meter pada jam 12.00 tengah malam," katanya.
Dalam pada itu, Azman berkata, JLM juga juga sedang berunding agar dapat menambah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi membantu mengawal kesesakan di kawasan terminal.
"Empat anggota Rela akan ditambah di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis manakala bilangan tambahan anggota di Terminal Feri Penumpang Kuah sedang dirunding," ujarnya.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, pada awalnya feri berkenaan dijadualkan berlepas pada jam 2 petang dan merupakan feri terakhir perjalanan ke Kuala Perlis.
Disebabkan mengalami kerosakan, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk melewatkan perjalanan hingga jam 10 malam berikutan paras air laut yang mulai surut pada jam 3.03 petang.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 03 2022

Seramai 423 penumpang terkandas selepas feri dijadualkan berlepas dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi ke Kuala Perlis mengalami kerosakan. -Gambar fail/Bernama

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.

AWANI Ringkas: Kalwant Singh gagal rayuan, akan jalani hukuman mati Khamis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: OPR: Naik lagi 25 mata asas, kini 2.25 peratus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976806/thumbnails/13069823071657115619066_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Kadar Dasar Semalaman naik 25 mata. - Amaran, minyak masak peket satu kilogram hanya untuk isi rumah. - Tragedi kepala air Baling: Sanusi nafi sembunyi fakta projek Musang King.

Ongkili tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili hari ini menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu.

Warga Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung subuh esok
Rakyat Malaysia, Kalwant Singh yang ditahan atas kesalahan mengedar dadah pada 24 Oktober 2013 akan menjalani hukuman gantung sampai mati esok, 7 Julai pada waktu subuh.

Pendidikan | Pembangunan sekolah di Sigi
Astro dan Maxis sentiasa menyokong kepentingan peranan pendidikan dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti yang mampan.
![[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama [KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645870209_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama
Dengan iltizam dan kesungguhan semua pihak terutamanya pemerintah, maka Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai institusi bebas yang sangat mesra rakyat.

Misi Kemanusiaan | Astro, Maxis terima penghargaan bantu komuniti
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Maxis Berhad (Maxis) hari ini menerima penghargaan daripada Yayasan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atas usaha murni membantu membangunkan semula sekolah serta komuniti akibat gempa bumi dan tsunami Sulawesi pada 2018.

Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang
Pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.

Feri Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis henti operasi sementara
Perjalanan feri itu akan kembali beroperasi seperti biasa bermula pada 14 Februari depan.

Feri penumpang ke Langkawi kembali operasi Jumaat ini
Perjalanan feri penumpang itu meliputi laluan dua hala iaitu dari Terminal Feri Penumpang Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi.

PKPB: Feri ke Langkawi kekal 2 perjalanan dari Kuala Kedah, 1 dari Kuala Perlis
Konsortium sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya pembelian tiket secara dalam talian dan akan menambah kekerapan perjalanan jika wujud permintaan.

Hanya satu perjalanan feri ulang alik ke Langkawi dalam sehari
Tindakan itu diambil berikutan masih ramai individu melakukan perjalanan keluar masuk ke pulau berkenaan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikuatkuasakan.

Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap, elak penularan COVID-19
Langkah itu juga bagi meningkatkan keyakinan orang ramai untuk terus berkunjung ke Langkawi.

Feri penumpang Langkawi terbakar
Dalam kejadian jam 10.18 pagi itu, api marak secara tiba-tiba dipercayai bermula dari bahagian enjin feri.