awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan OKU patut ada di semua kementerian - Penasihat Khas AS

Israr Khalid
Israr Khalid
14/09/2022
21:30 MYT
Jabatan OKU patut ada di semua kementerian - Penasihat Khas AS
Sara berkata, OKU tidak lagi boleh dilihat dari lensa simpati dan kebajikan sebaliknya perlu diangkat sebagai anggota masyarakat yang berupaya menyumbang kepada negara. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Hal ehwal berkenaan orang kelainan upaya (OKU) sepatutnya tidak diletakkan di bawah satu kementerian sahaja, demikian pandangan Penasihat Khas Amerika Syarikat (AS) mengenai Hak OKU Antarabangsa Sara Minkara.
Baginya, setiap kementerian perlu ada jabatan yang menjuarai OKU supaya suara golongan ini tidak ditersampingkan dan mereka dilibatsamakan dalam pembangunan negara seperti orang kebanyakan.
“Semakin banyak kita dengari suara orang dengan kelainan upaya merentas sistem, semakin banyaklah ia akan diutamakan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Sara memberi contoh di negaranya sendiri, AS, di mana setiap agensi mempunyai jabatan OKU yang berperanan membawa dasar-dasar berkaitan kesejahteraan golongan itu ke hadapan.
Tegasnya, perlu ada perubahan sistemik dalam memperkasakan OKU termasuk mengubah naratif perspektif terhadap golongan itu yang selama ini sering dilihat dari lensa simpati dan kebajikan.
“Bagaimana untuk kita menjadikan OKU sebagai satu keutamaan merentas kementerian? Bagaimana kita mahu pastikan suara OKU didengari ketika pilihan raya?
"Bagaimana untuk kita ada OKU bertanding untuk kerusi politik? Bagaimana untuk kita pastikan calon politik menyampaikan maklumat yang lebih mudah diakses supaya OKU dapat mengundi dan menyumbang kepada demokrasi?
“Itu semua memerlukan perubahan sistemik yang diinstitusikan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#OKU
#Sara Minkara
#jabatan OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan