ISKANDAR PUTERI: Jabatan Patologi di sebuah hospital di negeri ini telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih ketat bagi mengelakkan kes rasuah membabitkan ahli patologi berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata beliau percaya kesemua kakitangan di jabatan itu dapat mematuhi SOP baharu tersebut.
Beliau berkata hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes itu dan mereka telah dipindahkan tempat kerja.
"Jika mereka yang disiasat ini ada buat salah, biarlah mereka berdepan dengan hukuman undang-undang.
"Namun sekiranya tidak bersalah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mempercepatkan siasatan tersebut supaya mereka yang tidak bersalah dapat membersihkan nama mereka dan Jabatan Patologi terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Kota Iskandar di sini baru-baru ini.
Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius kes tersebut dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) serta hospital terlibat sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan.
SPRM sebelum ini menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital yang disyaki merasuah ahli patologi di sebuah hospital di negeri ini berhubung keputusan ujian saringan air kencing.
Penahanan tersebut dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula, ekoran perbuatan ahli patologi itu.
Beberapa media melaporkan hasil siasatan SPRM mendapati 33 pegawai dan penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh daerah di Johor dipercayai terbabit bersama ahli patologi itu sejak 2018.
Pada 10 Jan lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap sebahagian daripada 33 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam kes rasuah membabitkan ahli patologi di sebuah hospital.
Kamarul Zaman dipetik sebagai berkata mereka yang terlibat telah dipindahkan tempat kerja, supaya tidak lagi melakukan penugasan yang sama sehingga siasatan selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Tian Soon berkata beliau percaya kesemua kakitangan di jabatan itu dapat mematuhi SOP baharu tersebut. - Foto fail/BERNAMA
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh
Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Mohd Syahrul Ishak dilantik CEO Al Rajhi Bank
Al Rajhi banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Bayi maut didera: Belum ada rekod pengakuan suspek
Menurutnya, suspek berusia 36 tahun yang bekerja sebagai penggunting rambut itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
Kim Chol sukar bernafas sebab paras enzim cholinesterase rendah - doktor
Pegawai Perubatan Jabatan Patologi HKL Dr Nur Suraya Jamalludin berkata, kekurangan enzim cholinesterase akan menyebabkan paru-paru seseorang individu mengeluarkan bunyi berdehit.