awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Pendidikan Terengganu beri manfaat kepada platform AwaniJr

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
18/01/2018
04:24 MYT
Jabatan Pendidikan Terengganu beri manfaat kepada platform AwaniJr
AwaniJr merupakan inisiatif Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang dan mengembangkan kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. - Foto Astro AWANI
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu sebagai perintis Projek Inovasi TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) sejak tahun 2014 kini mengorak langkah dengan jalinan bersama Astro Awani dalam menyokong sepenuh Program Awani Junior yang diperkenalkan oleh saluran berita 24 jam itu.
Satu majlis perasmjan Program AwaniJr peringkat negeri Terengganu akan dilaksanakan pada 28 Januari 2018 bertempat di Univerisiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sehingga Disember 2017, Terengganu memiliki 412 buah TV PSS di seluruh negeri.
Sejumlah 46 buah TV PSS dikenal pasti sebagai perintis kepada program AwaniJr di Terengganu.
TV PSS negeri Terengganu menampilkan kepelbagaian usia dari pra-sekolah hingga Tingkatan 6 sebagai pengacara dan krew serta menampilan pelbagai jenis sekolah seperti sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh, sekolah kurang murid (SKM), sekolah orang asli, sekolah pendidikan khas, sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan (SJK).
AwaniJr
Program AwaniJr akan berlangsung di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT pada 28 Januari ini. - Foto Jabatan Pendidikan Terengganu
Ketua Penolong Pengarah BYPNT, Alias Talib berkata, BTPNT menyokong penuh program ini kerana ianya menyokong ciri ciri pembelajaran abad ke-21 dan membentuk kemenjadian murid yang berimpak tinggi.
AwaniJr merupakan inisiatif Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang dan mengembangkan kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Topic Berkaitan
#Alias Talib
#awanijr
#Jabatan Pendidikan Terengganu
#Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
#Projek Inovasi TV Pusat Sumber Sekolah
#TV PPS
#TV PSS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan