Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat menjadikan 2018 sebagai Tahun Kejayaan dan Keberhasilan Yang Mengagumkan bagi Malaysia.
Katanya beliau mahu negara dan kerajaan terus kukuh dan mantap, stabil serta berpadu dan maju berjaya dalam semua aspek serta bidang utama, baik di sudut ekonomi, keselamatan, politik, agama, pendidikan, budaya dan sosial, yang membawa kepada limpahan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyatnya.
"Kita bersama-sama menyebarkan kebaikan, mencapai 'delivery' dan usaha-usaha murni yang telah sekian banyak dilakukan oleh Kerajaan demi kemaslahatan rakyat, selain menangkis segala 'perang persepsi', propaganda dan tohmahan songsang yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di media-media sosial.
"Mudah-mudahan tahun 2018 ini, akan memberikan lebih banyak kejayaan dan keberhasilan yang mengkagumkan kepada Malaysia. Didoakan, semoga majulah Malaysia, rahmatilah rakyat dan negaranya, di bawah keberkatan serta lindungan Allah SWT sampai bila-bila. Insya-Allah," kata beliau dalam catatan terbaharu blog www.najibrazak.com.
Najib berkata ini menunjukkan bahawa 'kita adalah sebuah kerajaan yang terus bertransformasi, menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat dan negara' dan mengingatkan rakyat tidak sesekali membiarkan negara kembali semula ke zaman silam atau purba, yang bersifat kuku besi dan autokratik.
Perdana menteri berkata kerajaan hari ini merupakan kerajaan yang mempunyai rekod yang sudah terbukti, visi dan misi sangat jelas serta jauh dan diikuti dengan perancangan dan perencanaan yang inklusif serta komprehensif.
"Bahkan, Bank Dunia melaporkan bahawa 'ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh' dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018 dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat Malaysia.
"Kerajaan menjangkakan, Insya-Allah, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2018 dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebenar berkembang antara 5 peratus dan 5.5 peratus, diterajui permintaan dalam negeri," kata beliau.
Pada masa sama, Najib mahu kerajaan terus berjaya dalam penyampaian perkhidmatan, cemerlang dalam meningkatkan nilai dan kemahiran, termasuklah kualiti kerja yang bertaraf global, produktiviti yang sentiasa bertambah, budaya kreatif serta inovatif dan berjaya dengan cemerlang dalam semua aspek pekerjaan serta perkhidmatan kepada rakyat.
Selain itu, beliau juga mahu memastikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana ingin terus berbakti dan kekal melaksanakan pelbagai agenda murni serta inisiatif yang mendatangkan kebaikan dan manfaat, demi kemaslahatan rakyat serta negara.
"Lebih daripada itu, saya juga mahukan kerajaan ini, negara Malaysia dan rakyatnya pula berjaya dengan cemerlang serta seimbang, mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi," kata beliau.
Perdana menteri berkata beliau telah menjadikan 2017 sebagai Tahun Penyampaian dengan tahun itu turut mencatatkan pelbagai kenangan pahit dan manis selain membawa pencapaian demi pencapaian yang membanggakan.
"Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan iaitu pada 6.2 peratus untuk suku ketiga 2017 berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga pada tahun sebelumnya. Bank Dunia juga turut menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan Malaysia bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali - 4.9 peratus kepada 5.8 peratus.
"Seterusnya, banyak institusi global yang dihormati seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, telah memuji pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu memberangsangkan serta pengurusan ekonomi berhemat oleh kerajaan, selain mengakui bahawa, daya tahan dan daya saing ekonomi dikukuhkan," kata beliau.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata 2017 adalah tahun pemulihan bagi nilai mata wang ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh secara perlahan-lahan dan mencerminkan asas ekonomi negara yang kukuh dan berdaya tahan.
Selain itu, negara turut mencatatkan kejayaan lain pada tahun lepas termasuk pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di Malaysia, pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor, nilai eksport mencecah RM80 bilion buat julung kalinya dan pembinaan projek infra-rakyat yang sedang rancak dijayakan seperti, East Coast Rail Link di Pantai Timur, High Speed Rail, dan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.
Najib juga berkata dalam Akujanji kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, kerajaan berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya hasil usaha semua khususnya penjawat awam.
Sehubungan itu, perdana menteri mengingatkan para penjawat awam supaya sama-sama berniat, berazam dan bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta berfikir kreatif lagi inovatif di luar kotak kelaziman bagi menghasilkan perkhidmatan yang benar-benar berkualiti dan cemerlang untuk tahun ini.
"Penjawat awam mestilah lebih bekerja keras dan gigih bersama barisan kepimpinan, bukan setakat untuk mengekalkan status Malaysia sebagai negara Islam contoh kepada negara-negara Islam lain, tidak juga sekadar berbangga apabila digelar sebagai antara model negara berbilang kaum paling berjaya di dunia, bahkan, lebih jauh daripada itu, sudah sampai masanya Malaysia membuktikan kewibawaannya untuk menjadi 'global player' yang berjaya dalam segenap dimensi dan sudut," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia lantang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan sejagat seperti di Syria, Rohingya serta Palestin selain menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.
Selain Malaysia turut berperanan aktif di peringkat ASEAN dan dalam kalangan negara-negara Islam, ia juga mempunyai hubungan baik dengan negara-negara besar dunia seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2018
Perdana menteri berkata kerajaan hari ini merupakan kerajaan yang mempunyai rekod yang sudah terbukti, visi dan misi sangat jelas serta jauh dan diikuti dengan perancangan dan perencanaan yang inklusif serta komprehensif. - Gambar fail
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Sayap UMNO desak wakil rakyat pulangkan kerusi jika ingin keluar parti
Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.
Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh
Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, ia bukan janji yang retorik seperti mana yang ditampilkan pembangkang sebelum ini yang tidak akan mampu untuk dilaksana mereka.
16 peratus rumah mampu milik dalam akujanji BN berjaya disiapkan - Najib
Kerajaan komited meneruskan projek perumahan berkenaan kerana perkara itu dekat di hati rakyat walaupun menghadapi cabaran ekoran keadaan ekonomi tidak menentu.
BN akan bentang kad laporan prestasi tahun ini - Najib
Kad laporan prestasi Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibentang pada tahun ini sebagai memenuhi janji akauntabiliti kepada rakyat sejak pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan
Bagi Zainuddin Md Jaafar, 50, seorang pengurus agensi cari jodoh, ideologi politik amat dititikberatkan sebelum mempertemukan pasangan yang benar-benar ingin mencari jodoh.
Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Strategi perumahan BN mampu dilaksana - Penganalisis
Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk menyediakan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun dan beberapa pendekatan lain diterima baik pakar ekonomi.