awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan derma darah budaya hidup sihat - Muhyiddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/07/2022
20:50 MYT
Jadikan derma darah budaya hidup sihat - Muhyiddin
Muhyiddin menyantuni penderma ketika meninjau proses menderma darah pada program 'Blood Donation Drive' 2022 di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, 16 Julai 2022. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah setiap hari, namun ketika ini Pusat Darah Negara (PDN) dan Tabung Darah berdepan kekurangan stok bekalan darah di seluruh negara.
Justeru, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai agar menjadikan amalan menderma darah sebagai satu budaya hidup sihat.
Katanya, ia secara tidak langsung membantu menyelamatkan banyak nyawa.
"Saya difahamkan, setiap hari negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah yang mampu menampung kegunaan kira-kira 1,000 orang pesakit.
"Di Lembah Klang sahaja, PDN memerlukan 500 hingga 600 beg darah sehari.
"Jadi saya menyeru semua kumpulan masyarakat membantu dengan menderma darah bukan sahaja bagi menyelamatkan nyawa pesakit tetapi secara tidak langsung meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat," katanya ketika merasmikan program Blood Donation Drive di Centre Court, Mid Valley semalam.
Kempen anjuran TSMCGF dengan kerjasama PDN dan IGB Real Estate Investment Trust itu merupakan acara tahunan sejak sembilan tahun lalu.
TSMCGF ialah salah satu pembekal dan penderma darah terbesar negara dengan kejayaan mengumpul lebih 15,000 beg darah sejak kempen berkenaan mula dilancarkan.
Kempen derma darah itu, yang selama ini tertumpu kepada kawasan sekitar Lembah Klang, sedang dirancang untuk diperluaskan ke negeri lain, antaranya Johor dan Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#bekalan darah
#kempen derma darah
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan