TIDAK mudah mencari agensi atau syarikat milik penuh kerajaan yang mempunyai kepakaran
sumber manusia dari kumpulan umur penjawat muda.
Apa lagi dalam bidang perbukuan ilmu, bastera, bahasa dan budaya.
Dalam kes Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), kerajaan sebelum ini mungkin terlalu agresif melihat aspek keuntungan dan liabiliti.
Namun, kekuatan sebenar ITBM ialah aset profesional muda dalam bidang perbukuan.
Keghairahan proses rasionalisasi agensi kerajaan harus terkawal. Serkap jarang dan pukal borong bukan langkah pengurusan yang bijak.
ITBM tidak wajar dinilai dengan ringgit dan sen. Fungsi obligasi sosial harus dijadikan rujukan utama.
Kini wujud pembaharuan kerajaan. Kita sangat berharap, Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin melihat semula potensi ITBM secara serius.
Dalam kes ITBM, kerajaan wajar menilai peranannya dalam melaksanakan tanggungjawab
keilmuan, penterjemahan, sastera, bahasa, aktiviti seni dan perbukuan.
Tidak wajar semua proses rasionalisasi ITBM dinilai hanya berdasarkan isu kos - untung dan rugi.
Kalau memilih aspek pasif; ITBM pastinya boleh dimomok sebagai beban.
Bukan langkah bijak apabila berdepan cabaran sengit, kita berundur dan sekadar berkata: "Kalau rugi tutup sajalah..."
Itu sikap yang didorong ketidakupayaan menilai potensi. Apa lagi potensi ITBM sebagai sumber utama obligasi keilmuan nasional.
ITBM sebenarnya memerlukan model penstrukturan dan fokus perniagaan baharu. Model
operasi yang mapan dan kondusif.
Seterusnya, suntikan modal pemulihan bagi mendana semula bisnes baharunya.
Festival Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020 harus menjadi detik kebangkitan ITBM. Kementerian Pendidikan wajar memacu semula agensi ini agar kembali bersaing di trek perbukuan nasional.
Apa lagi dalam kes ITBM, yang hanya memerlukan sokongan 'iltizam politik'. Selain menyusun semula model bisnesnya, ITBM memerlukan modal untuk menyelesaikan kemelutnya.
ITBM tidak wajar menjadi mangsa akibat proses rasionalisasi melulu. Pada tahun KLWBC 2020 - amat aneh matlamat kerajaan adalah menutup agensi berkaitan perbukuan dan penterjemahan.
Walaupun, imej ITBM tercalar berikutan proses rasionalisasi yang menyebabkan hampir 40
penjawatnya ditamatkan khidmat pada Oktober lalu - itu bukan bererti ITBM menuju hari mati.
Formula rasionalisasi dengan hanya mengekalkan fungsi terjemahan dan menutup operasi
penerbitan buku, satu kerugian besar.
ITBM memiliki kepakaran sumber manusia generasi muda yang berpotensi bagi kelangsungan
industri perbukuan masa depan.
Syarikat kecil ini sangat berjaya menjalankan peranan melahirkan pasukan muda yang dinamik, kritis dan berminda baru.
Sumbangan fizikal ITBM jelas dipacu oleh rekod kerja yang menyumbang kepada pembaharuan
hala tuju penerbitan bahan kesusasteraan tempatan.
Sejak mengambil alih fungsi penerbitan, ITBM berjaya mengubah landskap dunia sastera
nasional.
Walaupun diberikan tanggungjawab menerbitkan buku, ITBM tidak menerima sebarang modal
atau bajet kewangan tetap daripada kerajaan.
Kecuali bantuan secara berkala. Ini kunci permasalahan utama. Model kewangan berkala bukan model perniagaan yang relevan.
Apa pun selama menggalas semua beban itu, ITBM tetap tegar memacu langkah baharu.
Tanggungjawab penerbitan buku memberikan ruang kepada syarikat milik penuh Kementerian
Kewangan ini merekrut dan membina pasukan penerbitan yang hebat.
Selepas lapan tahun menjalankan tanggungjawab penerbitan, pasukan muda ini sangat dinamik.
Pasukan ini memiliki dimensi yang luas sebagai aset masa depan perbukuan nasional.
Penjawatnya muda dan bermentaliti 'sekolah baharu yang dinamik'.
Banyak pembaharuan dilakukan ITBM telah menyumbang ke arah nafas baharu kesusasteraan
nasional.
Ini dilakukan ITBM dalam tempoh pantas selama lapan tahun.
Jenamanya kini sudah memiliki legasi, walaupun pengalaman perbukuan masih muda.
ITBM membuktikan generasi penjawatnya lebih dinamik dalam konteks memperkasakan
pembaharuan kandungan dan pemikiran sastera.
Sila rujuk rekod pelbagai anugerah berprestij terutama Hadiah Sastera Perdana (HSPM). Sejak lapan tahun lalu, kategori buku dimonopoli ITBM.
Krisis bisnes ITBM bukan skandal
ITBM memang berdepan krisis kewangan.
Syarikat itu kini dikaitkan dengan hutang RM9.5 juta. ITBM juga diperlekehkan sebagai gagal memasarkan stok buku bernilai RM10 juta.
Kita harus berlaku adil. Secara nasional, akibat keperlahanan ekonomi - industri buku mengalami kemerosotan jualan.
Hampir RM500 juta nilai stok buku industri kini tersumbat di setor. Sebelum ditutup, Kumpulan Utusan memiliki stok RM15 juta dalam setor.
Semua stok ini dilelong pada harga 50 sen hingga RM10 pada Disember tahun lalu. Satu
gambaran betapa teruknya industri buku secara menyeluruh.
Justeru, isu stok buku ITBM satu isu nasional. Ia bukan kegalalan ITBM. Tapi kita memiliki masalah ekosistem bisnes buku yang kritikal.
Pada tempoh kritikal ini, ITBM hanya memerlukan sokongan moral kerajaan melalui bantuan
pembelian komersil.
Satu tindakan patriotik dengan matlamat menyokong keberadaan ITBM serta peranan
pembaharuannya selama lapan tahun ini.
Tindakan pembelian buku oleh kementerian, agensi kerajaan dan 21 syarikat gergasi GLC yang dikawal kerajaan mampu membantu ITBM melalui detik sukar ini.
Ini langkah permulaan dalam Ops Menyelamatkan ITBM.
Pendapatan tunai segera melalui kaedah ini akan membolehkan ITBM bernafas dan menyusun
semula model operasinya.
Paling tidak, menyelesaikan isu tekanan kewangan semasa membabitkan pembayaran gaji,
hutang penterjemah dan modal kerja kecil bagi meneroka potensi bisnes baharu.
Menutup bahagian penerbitan ITBM atau mengecilkan operasinya satu langkah bisnes yang
bersikap 'lepas tangan dan sekadar memilih jalan mudah'.
Saya fikir, dinamika Malaysia yang cintakan buku dan ilmu, tidak wajar bersikap semudah itu.
Apa lagi dalam konteks memperlihatkan keprihatinan kerajaan menangani eko sistem bisnes
perbukuan.
ITBM berpotensi miliki model bisnes relevan
Menyusun semula ITBM tidak sukar. Namun tidaklah mudah.
Apa pun kunci utama - ia memerlukan iltizam politik dan rasa hormat terhadap usaha-usaha pembaharuan yang telah diteroka generasi muda agensi ini.
ITBM memang memerlukan model perniagaan lebih mapan. Sekiranya kerajaan mahu ia
berfungsi sebagai syarikat komersil berasaskan keuntungan.
Janggal rasanya, apabila kerajaan meletakkan syarat keuntungan komersil pada bahu syarikat yang memikul tanggungjawab sosial.
Apa lagi dalam kes ITBM, ia membabitkan produk perbukuan ilmu, terjemahan karya dan karya sastera tempatan.
Bukan pula rahsia, ITBM turut berdepan dengan persekitaran industri perbukuan yang sangat kritikal sejak 2015.
Pada masa ini, model 'menang cepat' (quick win) untuk membantu ITBM ialah usaha segera
kerajaan membeli buku terbitannya.
Sokongan pantas kementerian, agensi kerajaan, GLC serta Ahli Parlimen mampu merealisasikan bantuan segera.
ITBM sebagai aset komersil DMK
Mengenai penerbitan buku, ITBM wajar diberikan peranan utama dalam menjana kerjasama
strategik dengan rakan korporat dan masyarakat awam.
Model paling berkesan dan bersifat jangka panjang ini wajar diberikan ketika kerajaan mahu melaksanakan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030.
ITBM wajar diberikan hak eksklusif mendapatkan penajaan Rakan Strategik DMK.
Model ini akan membantu agensi perbukuan ini menyusun semula struktur bisnes dan
pemasaran produknya.
Melalui kempen sedekad DMK serta potensi ITBM berkolaborasi dengan pelbagai rakan
korporat, ia mampu meraih dana komersil CSR bernilai antara RM10 hingga RM15 juta setahun.
Sekiranya strategi ini dilaksanakan, DMK 2021 hingga 2030 akan menstabilkan bisnes
perbukuan ITBM.
Konsep bisnes sosial dengan sokongan rakan strategik melalui sumbangan Dana CSR
menjadikan ITBM berpotensi untuk kembali mapan.
Peranan ini juga akan menjimatkan dana kerajaan dalam membiayai DMK.
Sekiranya ITBM diberi peranan mengendalikan dana komersial penajaan korporat dan awam,
projek ini mampu menjadi tetulang utama DMK.
Buat masa ini ITBM sudah memiliki model projek DMK. Kementerian Pendidikan hanya perlu
memberikan ruang kepada syarikat itu membentang dan melaksanakannya.
Malah, kerajaan boleh mencabar ITBM untuk meneruskan fungsi komersilnya melalui model
bisnes sosial bersama sektor korporat.
Ini bukan sekadar model bisnes masa depan ITBM, tetapi menjadikan DMK lebih berdaya
komersil.
Jadikan KLWBC 2020 detik kebangkitan ITBM
Ketika ini ITBM memerlukan bantuan segera Kementerian Kewangan kerana krisis aliran tunai yang meruncing.
Seperti rayuan Pengurus Besar dan Pemangku Pengarah Urusan, Sakri Abdullah, pada 14
November tahun lalu.
"Kerajaan boleh membantu dengan memastikan kementerian dan agensinya membeli buku yang
diterbitkan."
Permintaan Sakri bukan desakan bantuan sepanjang hayat untuk ITBM. Sakri berada dalam
keadaan terpaksa mendapatkan tunai segera.
Matlamat utama ialah menyusun semula keadaan kewangan ITBM.
Gaji pekerja dan membayar hutang penterjemah satu keutamaan yang sangat kritikal.
Dalam isu ini, 'kemahuan politik' dan 'kemahuan patriotik' mampu menyelesaikan komplikasi bisnes ITBM.
Selamatkan ITBM. Di sinilah terkumpulnya aset profesional muda yang mampu mengubah
arus semasa sastera Malaysia.
Jadikan KLWBC 2020 tahun menyegarkan kembali aset keilmuan, bahasa dan sastera. Bukan
tahun 'membunuhnya'.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Mar 16 2020
Sumbangan fizikal ITBM jelas dipacu oleh rekod kerja yang menyumbang kepada pembaharuan hala tuju penerbitan bahan kesusasteraan tempatan. - Gambar fail.
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.