awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan minggu pertama persekolahan untuk sesuaikan diri - Pakar psikologi kaunseling

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/06/2020
00:30 MYT
Jadikan minggu pertama persekolahan untuk sesuaikan diri - Pakar psikologi kaunseling
Proses ini penting kerana banyak perkara perkara yang memberi tekanan kepada emosi pelajar sepanjang terperap di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu. Gambar fail
Jadikan minggu pertama pembukaan semula sesi persekolahan pada 24 Jun ini sebagai ‘sesi pemanas badan’ bagi pelajar untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu.
Itu saranan Ketua Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Noor Syamilah Zakaria.
Beliau berkata, proses ini penting kerana banyak perkara perkara yang memberi tekanan kepada emosi pelajar sepanjang terperap di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.
Katanya, sesi itu boleh dilakukan dengan kedua-dua pihak menggunakan beberapa minggu pertama untuk bertanya khabar dan memberi semangat antara satu sama lain.
“Memang kita mahu cepat habiskan silibus pembelajaran, kalau boleh ingin terus masuk ke kelas dan belajar.
"Tetapi saya rasa mungkin lebih elok juga kalau pihak pengajar di sekolah masing-masing memberi sedikit masa untuk pelajar ini menyesuaikan diri dengan normal baharu.
"Ia merupakan peluang bagi pelajar mendengar sendiri pengalaman kehidupan rakan-rakan dan guru sepanjang tiga bulan yang lepas. Ia akan membantu meredakan segala macam emosi yang wujud dalam diri mereka,” jelas Dr Noor Syamilah.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin mengenai mengenai normal baharu dalam sektor pendidikan.
Dalam pada itu, beliau berharap pihak pelajar juga dapat memainkan peranan bagi memastikan pembelajaran dan aktiviti di sekolah dapat diikuti dengan baik.
“Pertama sekali, adalah elok jika pelajar dapat tenangkan minda dan berfikir secara baik bahawa semua pihak sedang berempati dengan keadaan yang berlaku.
“Empati ini sangat penting bagi pelajar-pelajar. Sebaik mereka masuk semula ke sekolah, mereka akan faham bahawa Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam ini diberi keistimewaan oleh negara untuk kembali ke sekolah dan meneruskan pengajian mereka,” jelasnya.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan pembukaan sesi persekolahan bagi pelajar-pelajar kelas peperiksaan awam pada Rabu depan, 24 Jun.
Topic Berkaitan
#guru
#normal baharu
#pelajar
#pendidikan
#peperiksaan
#sekolah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan