awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadual peperiksaan sesi petang SPM dilewatkan 15 minit, berkuat kuasa 1 Mac

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/02/2021
13:38 MYT
Jadual peperiksaan sesi petang SPM dilewatkan 15 minit, berkuat kuasa 1 Mac
LPKPM memberitahu, pindaan itu akan diguna pakai sehingga tamat peperiksaan itu pada 25 Mac depan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jadual peperiksaan sesi petang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa 1 Mac depan.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) memberitahu, pindaan itu akan diguna pakai sehingga tamat peperiksaan tersebut pada 25 Mac depan.
"Pindaan itu adalah bertujuan untuk memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan sembahyang sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi petang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Sehubungan dengan itu, LPKPM memohon kerjasama semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengambil perhatian dan tindakan berkaitan.
Jelasnya, pindaan ini dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
SPM | Jadual peperiksaan sesi petang dilewatkan 15 minit
Sebanyak 401,105 pelajar di seluruh negara menduduki peperiksaan SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Sebanyak 3,310 pusat peperiksaan SPM mengikuti garis panduan dan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BACA: Salam akhir, Muhamad Haikal tatap jenazah ayah sebelum duduki peperiksaan SPM
BACA: Hari pertama peperiksaan SPM, SVM 2020 berjalan lancar - Radzi Jidin
Topic Berkaitan
#SPM
#peperiksaan
#jadual dipinda
#sesi petang
#Kementerian Pendidikan
#Lembaga Peperiksaan
#pelakar
#calon
#Pejabat Pendidikan Daerah
#SVM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan