JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hari ini memberi jaminan bahawa penganjuran pesta seks bebas tidak akan berlaku di mana-mana lokasi di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam memastikan kegiatan tidak bermoral ini dapat dikekang.
Mohd Fared berkata meskipun akaun Twitter yang mempromosikan aktiviti tidak bermoral itu sudah ditutup, namun pihaknya akan terus memantau dan meneliti laman media sosial yang telah dikenal pasti turut terbabit.
"Apa juga tarikh yang dia buat ataupun tempat mana yang akan diubah, JAINJ bersama-sama PDRM Johor serius dalam memastikan perkara seumpama ini tidak akan berlangsung.
"Setakat ini, tiada ada lagi pesta seks lain dilaporkan, walau apapun perancangan pihak penganjur itu, kita akan tetap pastikan dia tidak boleh dilaksanakan, itu komitmen kita," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) di Pusat Islam Iskandar Johor, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Fared menggesa agar semua pihak segera melaporkan kepada PDRM atau JAINJ sekiranya mendapat maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral tersebut.
"Kita kena sama-sama mencegah. Benarkan polis buat kerja dan siasatan mereka, orang awam jadilah mata, kepala dan telinga kepada pihak berkuasa negeri dan polis, laporkan dan jangan bersubahat.
"Identiti (penganjur) telah pun diketahui, maka sembunyilah dekat mana sekali pun, kita akan tahu dan anda sedang diperhatikan.
"Terima kasih saya ucapkan kepada kehebatan PDRM kita yang dapat mengesan individu terbabit," katanya lagi.
Sebelum ini, tular poster berupa kad jemputan di sebuah akaun Twitter mengenai satu penganjuran pesta seks bebas di bandar raya ini.
Susulan itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan memberi amaran keras kepada penganjur supaya membatalkan acara tersebut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Mohd Fared berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak PDRM Johor dalam memastikan kegiatan tidak bermoral ini dapat dikekang. - Gambar fail/Bernama
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki-baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Kes Faisal Halim: Polis nafi tangkap suspek ketiga
Polis menafikan dakwaan ada tangkapan suspek ketiga membabitkan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
Akaun IG dakwa ada maklumat kes simbah asid Faisal Halim adalah palsu - PDRM
PDRM mengenal pasti bahawa akaun IG Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan adalah palsu.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.