SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pemilik akaun Facebook yang memuat naik poster pakej taubat dengan bayaran RM20 supaya menarik balik poster berkenaan, kata Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya itu.
"JAIS telah menyiasat perkara ini dan mendapati pemilik akaun Facebook itu telah memuat naik poster tersebut pada 26 Jun 2021. Pemilik akaun Facebook itu telah dihubungi oleh JAIS dan mengakui kesilapan serta telah diminta untuk menarik balik poster kempen wakaf al-Quran tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata ini kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang mengelirukan dan memberi gambaran bahawa mana-mana orang Islam yang hendak bertaubat boleh membayar RM20 kepada mana-mana orang atau pihak, sedangkan perkara ini bercanggah dengan cara bertaubat yang dianjurkan oleh syarak.
"Taubat adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT memohon keampunan akibat perbuatan dosa yang dilakukan. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun tidak memerlukan orang tengah atau perantara atau nilai wang tertentu bagi taubat diterima," katanya.
Justeru, beliau berkata JAIS juga mengingatkan kepada umat Islam, khususnya di Selangor agar berhati-hati memberi ungkapan-ungkapan dan penataan bahasa mengenai prinsip-prinsip agama.
"Sebarang kesilapan atau kekhilafan akan menyebabkan timbul kekeliruan tentang prinsip, menjadikan keadaan yang cemas, membuka ruang fitnah kepada agama dan umat Islam," katanya.
Beliau berkata di Selangor, perbuatan atau dakwaan seumpama itu adalah satu kesalahan yang boleh disiasat mengikut Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad sebelum ini meminta Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk menyiasat kemunculan laman sosial yang memaparkan pakej taubat dengan bayaran RM20.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022

JAIS telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya. - Gambar hiasan

Warga emas maut, kereta dipandu lawan arus kemalangan
Mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

JAIS minta pemilik akaun Facebook 'pakej taubat RM20' tarik balik iklan
JAIS telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya.

Kurang ilmu agama punca terpedaya pakej taubat RM20 - Idris
Tidak perlu berjumpa tok guru, ustaz atau ustazah kerana taubat yang dibuat adalah terus dengan Allah.

Pakej taubat RM20 berunsur penipuan, dedah kejahilan - Mufti Kelantan
Pakej taubat dengan bayaran RM20 yang ditawarkan dalam laman sosial bertujuan mengaut keuntungan semata-mata dan menunjukkan kejahilan masyarakat, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Jabatan Agama Islam negeri diminta siasat laman sosial pakej taubat RM20 - Idris
Jabatan Agama Islam negeri diminta menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

Iklan pakej taubat RM20: Tindakan lanjut akan diambil - Menteri Agama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan iklan itu diminta untuk memaklumkannya kepada beliau.