SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa pihaknya dalam usaha membuat rayuan kepada pihak Kementerian Kewangan (MOF) berhubung arahan penangguhan kemudahan cuti bersalin berelaun penuh kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) wanita.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya juga sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula Kementerian berkenaan.
“Pada Januari 2022, Jakim telah mengeluarkan Peraturan Pelaksanaan Program KAFA Baharu untuk diguna pakai oleh semua Agensi Pelaksana KAFA.
"Antara perkara baharu yang dimasukkan dalam peraturan tersebut ialah kemudahan cuti bersalin berelaun penuh yang diberikan kepada guru KAFA wanita.
“Keputusan ini dibuat sebagai salah satu usaha dan inisiatif Jakim dalam menjaga kebajikan golongan guru KAFA wanita yang bersalin.
“Justeru, Jakim dalam usaha membuat rayuan kepada pihak MOF dan sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak kementerian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan Jakim terpaksa menangguhkan pemberian kemudahan cuti bersalin berelaun penuh kepada guru KAFA atas arahan MOF.
Menerusi pekeliling yang diedarkan pada Jumaat, Jakim memaklumkan pihak MOF menyatakan bahawa kemudahan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana pelantikan guru KAFA tidak termaktub di dalam mana-mana Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan mahupun Skim Pegawai Perkidmatan Pendidikan.
Dalam pada itu, Hakimah berkata, pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Idris Ahmad, pada Rabu telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Sri Mohd Shafiq Abdullah antara lain bagi membincangkan isu kebajikan bagi guru dan Penyelia KAFA.
Justeru, tegasnya, pihak Jakim bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berbincang dan mencari jalan bagi membela dan menjaga kebajikan semua pihak yang berada di bawah kawal selia Jakim, termasuk guru KAFA. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 23 2022
Hakimah berkata, pihaknya juga sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula Kementerian Kewangan. -Gambar fail/Bernama
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung
Pengurusan Masjid Negara memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Stoking kalimah Allah: JAKIM beri amaran keras kepada pengurusan KK Supermart
JAKIM memberi amaran keras kepada pengurusan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd supaya isu melibatkan sensitiviti keagamaan tidak berulang lagi.
Mohamad Sabu terima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina, persijilan halal antara dibincang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina Diana Mondino, semalam.
Majlis ilmu Madani digerakkan di kementerian, jabatan kerajaan - Mohd Na'im
Majlis ilmu Madani akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat.