awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi

Bernama
Bernama
09/02/2025
09:00 MYT
JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Wakaf Surau Al- Kausar di Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.- Foto Bernama
LABUAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata jabatan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan berhubung pendakwah mengenakan caj tinggi bagi aktiviti mereka.
"Kita sedang memantau, kerana kita ada mendengar mengenai dakwaan sebegitu... Pendakwah ini dinasihatkan agar tidak menganggap diri mereka seperti selebriti yang mengaut keuntungan daripada suara mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Wakaf untuk membina Surau Al-Kausar Jabatan Kesihatan Labuan hari ini.
Beliau menggesa para pendakwah supaya mengenakan bayaran sederhana untuk perkhidmatan mereka bagi menjaga kesucian dakwah dan menegakkan imej positif Islamiah, di samping mengelak daripada timbulnya persepsi tidak baik terhadap mereka yang diamanahkan menyebarkan ajaran agama.
Dr Sirajuddin berkata bagaimanapun jabatan itu masih belum melihat keperluan untuk memperkenalkan garis panduan khusus mengenai bayaran bagi pendakwah, dan keadaan masih terkawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#pendakwah bebas
#ayaran yang terlalu tinggi
#status diri dengan selebriti
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan