awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim siasat penyalahgunaan logo Halal untuk produk daging babi

Bernama
Bernama
28/03/2016
08:57 MYT
Jakim siasat penyalahgunaan logo Halal untuk produk daging babi
Pengusahanya juga didapati mengambil kesempatan dengan menggunakan tagline bertulisan mandarin, 'Spicy Malay Bacon', untuk menarik pelanggan. - Gambar hiasan
Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menjalankan siasatan berhubung penyalahgunaan logo Halal Jakim untuk satu produk berasaskan daging babi melibatkan syarikat tempatan.
Memandang serius perkara yang menjadi viral di media sosial sejak semalam, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee berkata berdasarkan alamat di bahagian pek pembungkusan berkenaan, kilang pengeluaran produk berkenaan dikesan terletak di sebuah negeri di pantai timur.
Pengusahanya juga didapati mengambil kesempatan dengan menggunakan tagline bertulisan mandarin, 'Spicy Malay Bacon', untuk menarik pelanggan, katanya.
"Adalah jelas bahawa produk berkenaan tidak akan diberi pengiktirafan oleh Jakim kerana mengeluarkan produk makanan berasaskan daging bukan halal," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Konvensyen Badan Pensijilan Halal ke-7 di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu juga melanggar peraturan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan penggunaan logo Halal sebagai alat pemasaran yang mampu menarik pelanggan Islam serta bukan Islam.
Topic Berkaitan
#Babi
#Halal
#Islam
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#Sirajuddin Suhaimee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan