Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menegaskan bahawa jabatan itu tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada mana-mana produk makanan yang disahkan haram.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata siasatan telah dijalankan berikutan penyebaran beberapa keping gambar di laman sosial yang memaparkan makanan haram dengan logo halal palsu dijual di pasar raya di Sarawak, baru-baru ini.
"Hasil siasatan JAKIM di pasar raya di Miri dan Kuching mendapati tiada produk makanan yang memaparkan logo halal palsu di pasaran seperti didakwa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa gambar yang disebarkan merupakan gambar yang sengaja diedit dengan meletakkan logo halal.
Baru-baru ini, beberapa keping gambar makanan dipercayai daging khinzir dalam tin dengan logo halal dijual di sebuah pasar raya tersebar di media sosial yang mengundang keresahan pengguna dari kalangan umat Islam.
Sehubungan itu, Hakimah berkata JAKIM menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung penjualan, pengedaran atau penyimpanan produk tersebut agar tampil membantu sekiranya ia benar-benar berlaku.
Bernama
Sun Nov 29 2015
HAKIMAH: Hasil siasatan JAKIM di pasar raya di Miri dan Kuching mendapati tiada produk makanan yang memaparkan logo halal palsu di pasaran seperti didakwa. -Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
JAKIM tidak pernah keluar logo halal kepada produk haram
Siasatan telah dijalankan berikutan penyebaran beberapa keping gambar di laman sosial yang memaparkan makanan haram dengan logo halal palsu dijual di pasar raya di Sarawak, baru-baru ini.