awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Desa berhampiran bekas Desa Water Park ditutup lima tahun

Bernama
Bernama
17/11/2017
23:00 MYT
Jalan Desa berhampiran bekas Desa Water Park ditutup lima tahun
Pengguna jalan raya perlu menggunakan Jalan Desa melalui Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. - Gambar hiasan
Jalan Desa berhampiran bekas Desa Water Park di sini akan ditutup selama lima tahun bermula Selasa ini hingga 21 Nov 2022 bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.
Dalam satu kenyataan di sini, MMC Gamuda KVMRT berkata penutupan yang melibatkan 1.7 kilometer daripada jalan itu akan menjejaskan pengguna jalan raya dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menuju Taman Desa melalui Jalan Desa berhampiran bekas taman tema air berkenaan.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya perlu menggunakan Jalan Desa melalui Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.
"Sepanjang penutupan, Pasukan Respons Kecemasan Projek MRT akan ditugaskan di situ bagi memberi arahan trafik dan kami memohon maaf atas segala kesulitan," demikian menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my, Twitter @MRTMalaysia, Facebook @MRTMalaysia atau menghubungi MRT Hotline menerusi talian 1-800-82-6868.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Desa Water Park
#Jalan Desa
#jalan raya
#MRT
#Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan