Beberapa jalan utama akan ditutup bermula esok dan Sabtu ini berikutan Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata, penutupan bermula pukul 7 pagi membabitkan laluan utama perarakan dari laluan Dataran Wisma Darulaman melalui Lebuhraya Darulaman hingga ke Dataran Bandar depan Masjid Zahir.
Katanya turut ditutup ialah persimpangan lampu isyarat di persimpangan Wisma Darulaman, simpang Hospital Lama Alor Setar, simpang Bakar Bata, simpang Kanchut/Bina Darulaman Sdn Bhd, simpang Tambang Badak, simpang Istana Lama, simpang Mahkamah lama dan Simpang Pekan Melayu.
"Untuk raptai esok dan hari perarakan sebenar pada Sabtu ini, semua jalan-jalan yang menghubungkan dengan laluan utama juga akan dilencongkan iaitu dari Persiaran Sultan Abdul Hamid akan dilencongkan di persimpangan lampu isyarat Bunga Tanjung menghala ke Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan di lampu isyarat Pekan Melayu menghala ke Jalan Tunku Ibrahim (pusat bandar).
"Lencongan juga dari arah utara iaitu dari Anak Bukit yang mana kenderaan akan diarah membuat pusingan 'U' di depan Kedah Kelab masuk ke Jalan Suka Menanti melalui jambatan Seberang Pumpong atau melalui Jalan Pantai Johor ke arah Jalan Suka Menanti atau ke Shahab Perdana.
"Kenderaan dari Shahab Perdana akan dilencongkan di lampu isyarat Taman Pandan dan boleh melalui Jalan Gangsa atau Jalan Suka Menanti ke Jalan Pantai Johor manakala kenderaan dari arah Jalan Langgar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Plaza Tol Utara akan dilencongkan masuk ke lampu isyarat Alor Semadom menghala Jalan Tun Razak, Jalan Stadium, dan pusat bandar," katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Rozi berkata semua jenis bas dinasihatkan menggunakan jalan keluar atau masuk melalui Plaza Tol Alor (Selatan) untuk ke Shahab Perdana, manakala di bulatan Stadium, semua kenderaan tidak dibenarkan menghala ke lampu isyarat Bakar Bata, begitu juga di Bulatan Telok Wanjah semua kenderaan tidak dibenarkan menghala ke lampu isyarat Tambang Badak.
Beliau berkata semua kenderaan dari arah Jalan Langgar yang melalui Jalan Telok Wanjah tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke lampu isyarat Tambang Badak sebaliknya akan dilencongkan masuk ke laluan bawah jambatan Telok Wanjah/Lorong Merpati.
"Lencongan juga dari arah Jalan Tengah/Meranti, Jalan Tambang Badak dilencongkan ke kiri terus ke Jalan Gangsa/Aeon Big, manakala kenderaan dari arah Jalan Gangsa tidak dibenarkan membelok masuk ke Jalan Tambang Badak, kenderaan dari arah Jalan Putra Ke Simpang Mahkamah Lama akan dilencongkan ke Jalan Tengah/Jalan Pintu 10," katanya.
Menurutnya, semua lorong jalan keluar dan masuk ke jalan laluan utama perarakan akan dikawal oleh 60 anggota trafik dan empat pegawai bermula dari penutupan jalan sehingga acara selesai.
"Jalan akan dibuka semula kepada semua lalu lintas selepas semua acara perarakan dan perbarisan kehormatan selesai dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan yang mungkin berlaku," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut dibantu 350 anggota daripada pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk menjamin keselamatan pengunjung yang datang ke istiadat bersejarah itu selepas 59 tahun lalu apabila Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan sebagai Sultan Kedah Ke-28.
Bernama
Thu Oct 18 2018
Semua lorong jalan keluar dan masuk ke jalan laluan utama perarakan akan dikawal oleh 60 anggota trafik dan empat pegawai bermula dari penutupan jalan sehingga acara selesai. - Gambar fail
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Disangka haiwan berbisa, rupanya hanya seekor lalat hijau
Kasihan pihak bomba, dapat panggilan haiwan berbisa, tetapi sebaik tiba hanya seekor lalat.
Jalan di Alor Setar ditutup esok dan Sabtu
Beberapa jalan utama akan ditutup bermula esok dan Sabtu ini berikutan Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29.
Putera sulung Sultan Kedah dimasyhur sebagai Raja Muda
Istiadat pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk
ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam tadi dan hanya disedari kakitangan kedua-dua pejabat berkenaan ketika memulakan tugas pagi tadi.