BALIK PULAU: Polis mengambil beberapa tindakan segera bagi mengurangkan kesesakan yang sedang berlaku di Barat Daya terutama di Balik Pulau di sini, berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata berikutan itu pihak polis telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa lencongan jalan dan jalan sehala di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti di daerah tersebut.
"Berdasarkan pemantauan yang dijalankan mendapati berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan di daerah Barat Daya, ekoran cuti sekolah dan ia ditambah lagi dengan pesta durian yang diadakan bermula esok hingga 12 Jun ini yang dijangka menyumbang kepada peningkatan kenderaan.
"Sempena pesta durian bermula esok hingga 12 Jun, beberapa jalan yang telah dikenal pasti akan dilencongkan bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam, dan ia juga terpakai (lencongan) bagi setiap Sabtu dan Ahad hingga hujung bulan Jun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya jalan yang dilencongkan ialah Jalan Tun Sardon dilencongkan ke Jalan Pondok Upeh, Jalan Sungai Pinang/ Sungai Rusa dilencongkan ke Jalan Baharu, Sungai Korok dan Jalan Sungai Nipah dilencongkan ke Jalan Balik Pulau.
Kamarul berkata bagi jalan sehala pula, jalan yang terlibat ialah Jalan Gertak Sanggul yang mana ia akan disehalakan untuk kenderaan masuk sahaja, manakala jalan keluar akan menggunakan Jalan Kampung Masjid dan Jalan Tingkat Teluk Kumbar.
Terdahulu sejak beberapa hari lepas terutama ketika cuti hujang minggu, tular video yang memaparkan berlaku kesesakan teruk di beberapa kawasan di bahagian pulau negeri itu terutama di Balik Pulau dan George Town.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata berikutan itu pihak polis telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa lencongan jalan dan jalan sehala di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti di daerah tersebut. - BERNAMA

Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara
Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.

Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara - JKR
Jalan Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, di sini, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di kawasan berkenaan.

Johor tubuh jawatankuasa khas teliti infrastruktur dan jalan yang kerap dilanda banjir
Kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti infrastruktur serta jalan-jalan yang kerap dilanda banjir di Johor, dan mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya.

Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.

"Henti niaga di jalanan atau berdepan tindakan kompaun" - Polis Kemaman
Henti jalankan aktiviti perniagaan di jalanan atau bakal berdepan dengan tindakan kompaun, tegas Ketua Polis Daerah Kemaman.

Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.

Gajah betina mati dirempuh beberapa kenderaan termasuk treler
Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi jalan selepas dirempuh beberapa buah kenderaan di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Jalan Paitan-Kanibongan mendap, rosak teruk akibat tanah runtuh
Jalan raya Paitan ke Kanibongan terputus hubungan akibat tanah runtuh di Kilometer 127.5, berdekatan Kampung Kubambangan, pada Selasa malam.

Lelaki bina 11 bonggol di atas jalan akhirnya mohon maaf
Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang dipandu laju.