awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan di pusat bandar Kota Tinggi kembali dibuka kepada awam

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/01/2024
06:37 MYT
Jalan di pusat bandar Kota Tinggi kembali dibuka kepada awam
Kebanyakan lokasi di bandar Kota Tinggi dilaporkan mula kering dan air banjir mula surut. - Foto Astro AWANI
KOTA TINGGI: Pusat bandar Kota Tinggi yang sebelum ini ditutup kepada orang awam susulan banjir kini dibuka semula selepas banjir hampir surut sepenuhnya.
Menurut gambar dikongsikan dalam media sosial Orang Kota Tinggi, kebanyakan lokasi di bandar itu juga dilaporkan mula kering dan air banjir mula surut.
Bagaimanapun, masih ada beberapa lokasi yang masih digenangi air namun jumlah yang dilaporkan tidak banyak.
Bagaimanapun masih ada beberapa lokasi yang masih digenangi air namun jumlah yang dilaporkan tidak banyak. - Foto Astro AWANI
Bagaimanapun masih ada beberapa lokasi yang masih digenangi air namun jumlah yang dilaporkan tidak banyak. - Foto Astro AWANI
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Tinggi juga memaklumkan keadaan banjir kini memasuki fasa pasca banjir.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan media yang telah membuat liputan dengan amat baik tentang bencana banjir di daerah Kota Tinggi.
"Kini keadaan banjir di Kota Tinggi menunjukkan petanda positif yang mana air banjir beransur-ansur surut dan cuaca cerah.
"Kini beberapa kawasan telah memasuki fasa pasca banjir dimana mereka telah membersihkan kedai dan rumah masing-masing," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada media.
Tambahnya, tugas anggota Bomba selepas ini adalah membuat rondaan dan pemantauan secara berkala.
Kawasan Kota Tinggi dan sekitarnya mula dinaiki air pada 7 Januari lepas dan empat hari selepasnya, banjir sudah mula surut.
Susulan banjir, pusat bandar Kota Tinggi lumpuh dengan perniagaan tidak beroperasi sepanjang lima hari susulan dilanda musibah banjir.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kota Tinggi
#banjir
#jalan dibuka semula
#bomba Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan