awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Petaling harus dibangun semula dengan identiti masyarakat Cina - Pemuda MCA

Bernama
Bernama
18/02/2016
00:25 MYT
Jalan Petaling harus dibangun semula dengan identiti masyarakat Cina - Pemuda MCA
Chong Sin Woon berkata usaha itu penting memandangkan Jalan Petaling merupakan kawasan tumpuan pelancong yang dikenali dengan nama 'China Town' kerana ia mencerminkan sosiobudaya Cina di negara ini. -Gambar fail
Jalan Petaling harus dibangunkan semula dengan identiti masyarakat Cina dari segi perniagaan dan seni budaya bagi menarik lebih ramai pelancong asing berkunjung ke kawasan itu.
Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata usaha itu penting memandangkan Jalan Petaling merupakan kawasan tumpuan pelancong yang dikenali dengan nama China Town kerana ia mencerminkan sosiobudaya Cina di negara ini.
"Selain sebagai kawasan tumpuan pelancong, Jalan Petaling turut merupakan salah satu tempat bersejarah yang menyaksikan masyarakat Cina bertapak di Tanah Melayu sejak lebih 200 tahun lalu.
"Setiap tahun, apa-apa sahaja perayaan berkaitan dengan kaum Cina akan diadakan di sini kerana hampir 100 peratus peniaga dan penduduk di Jalan Petaling terdiri daripada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur di Jalan Petaling, hari ini.
Chong berkata usaha badan bukan kerajaan serta penduduk Cina di sekitar Jalan Petaling mengekalkan sosiobudayanya sejak sekian lama, tidak memadai jika tiada sokongan daripada kerajaan.
"Agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Wilayah Persekutuan harus memberi tumpuan dari segi pembangunan fasiliti di sekitar Jalan Petaling bagi meningkatkan industri pelancongan sekali gus memantapkan ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengurangkan gerai yang dimiliki warga tempatan tetapi dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing.
"Bagi mengembalikan identiti Jalan Petaling sebagai China Town, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis bagi mengatasi masalah gerai 'Ali Baba' yang dikuasai warga asing," katanya.
Ang berkata setakat ini sebanyak 773 penjaja dan peniaga Jalan Petaling berdaftar dengan pihaknya dengan 100 peratus dimiliki kaum Cina.
Topic Berkaitan
#China Town
#Chong Sin Woon
#Jalan Petaling
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan