MALAYSIA
Jalan Pulang: Tenang & Menang di Akhir Zaman, janjikan pengalaman berbeza

Wan Syahrul Amry memberitahu, kedua-dua penceramah itu pastinya memberi pengalaman yang lain daripada yang lain berdasarkan kepada pengalaman dimilik serta pendekatan bersahaja yang digunakan. - Gambar Zayan
KUALA LUMPUR: Setelah kejayaan luar biasa ''Jalan Pulang'' siri pertama, dua figura dakwah terkemuka, yang merupakan penceramah jemputan Zayan, Ustaz Dr Ashraff Amirul dan Da’i Izzhar Nazri, kembali bergabung dalam projek istimewa bertajuk ''Jalan Pulang: Tenang & Menang di Akhir Zaman''.
Siri kedua itu membawa mesej yang lebih mendalam tentang ketenangan jiwa dan perjuangan menghadapi fitnah akhir zaman.
Menurut Ashraff Amirul, Jalan Pulang kali ini bukan sekadar program, sebaliknya merupakan seruan untuk kembali mencari damai dan tenang dalam dunia yang semakin tenat.
''Kerana hanya mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang hidup, akan menjadi orang yang selamat di akhir zaman,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Khamis.Sementara itu, Da’i Izzhar Nazri berkata, Gabungan Timeline Akhir Zaman, digandingkan dengan kaedah spiritual psikologi yang boleh membawa luka dan segala ujian pulang ke satu jalan yang paling tenang dan bahagia iaitu Jalan Pulang kepada Allah.
Program kali ini akan dijalankan dengan pendekatan moden dan kontemporari yang lebih dekat dengan jiwa anak muda selain diisi dengan sesi perkongsian, kisah inspirasi dan momen refleksi yang menyentuh hati.
Pengurus Jenama Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor pula memberitahu, kedua-dua penceramah itu pastinya memberi pengalaman yang lain daripada yang lain berdasarkan kepada pengalaman dimilik serta pendekatan bersahaja yang digunakan.
‘’Da’i Izzhar dan Dr Ashraf memiliki kepakaran masing-masing dalam dunia motivasi dan ceramah berkaitan akhir zaman.
‘’Saya yakin dengan sambutan segmen mereka di radio Zayan, program Jalan Pulang ini bakal meletakkan satu tanda aras baru yang dakwah boleh disampaikan dalam gaya rugged dan santai demi menarik pengikut pengikut dari kalangan anak muda.’’ katanya.
Dua lokasi jadi pilihan bagi program Jalan Pulang: Tenang & Menang di Akhir Zaman siri kedua iaitu di Kelantan pada 23 Ogos sementara di Kuala Lumpur pada 25 Oktober.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Karim di talian 010-5823055
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami