awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Tapah - Cameron Highlands ditutup kepada pengguna jalan raya

Aida Aziz
Aida Aziz
23/11/2021
08:14 MYT
Jalan Tapah - Cameron Highlands ditutup kepada pengguna jalan raya
Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini sehingga selesai kerja membersihkan runtuhan. - Gambar ihsan PDRM
TAPAH: Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini bagi kerja-kerja pembersihan susulan kejadian tanah runtuh semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, keputusan penutupan jalan itu dibuat oleh pihak polis dan Jabatan Kerja Raya kerana dikhuatiri membahayakan pengguna jalan raya.
Wan Azharuddin berkata, semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan, masih terdapat runtuhan baharu sehingga menyekat laluan pengguna jalan raya.
"Hasil perbincangan, Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini sehingga selesai kerja membersihkan runtuhan.
"Papan tanda penutupan jalan telah diletakkan di Batu 4, Jalan Pahang.
"Pengguna yang mahu ke Cameron Highlands dinasihatkan menggunakan jalan alternatif lain," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Bagaimanapun, katanya, bagi penduduk yang tinggal di sepanjang jalan sehingga ke Batu 20 masih boleh menggunakan jalan berkenaan.
Katanya lagi, pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya berhati-hati semasa melalui jalan tersebut.
Pada Isnin, media melaporkan hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam sejak jam 11 pagi telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di 10 lokasi di dalam daerah Cameron Highlands yang menghalang laluan kenderaan setakat jam 7.40 malam.
Difahamkan, antara lokasi kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang itu adalah, berhampiran Big Red Strawberry, berhampiran Strawberry Park, berhampiran Smoke House Hotel, laluan ke Boh Sungai Palas, Laluan ke Water Crest, laluan ke Rose Valley, Taman MCA Ringlet, Taman Pelangi, Ringlet dan Batu 20, Jalan Tapah, belakang Pasar Tanah Rata.
Topic Berkaitan
#Jalan Tapah - Cameron Highlands
#tanah runtuh
#kerja-kerja pembersihan
#penutupan jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan