awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan utama ditutup sempena Hari Kemerdekaan

Bernama
Bernama
26/08/2013
23:30 MYT
Jalan utama ditutup sempena Hari Kemerdekaan
Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula hari ini untuk raptai sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka pada Sabtu.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan berkenaan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula esok hingga Sabtu.
Antara jalan itu ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.
Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato' Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut ditutup, katanya dalam kenyataan hari ini.
Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan pula ditutup dari 9 malam Jumaat hingga 12 tengah hari Sabtu sempena sambutan kemerdekaan itu.
Topic Berkaitan
#hari kemerdekaan
#jalan tutup
#Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan