MALAYSIA
Jalur Gemilang terbalik: SJKC Chung Hua mohon maaf, kesal atas kecuaian

Pihak sekolah menerima makluman sekitar jam 5 petang dan mengambil langkah pembetulan dengan segera. - Gambar ihsan media sosial.
PORT DICKSON: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat berikutan insiden insiden pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik pada 1 Ogos lalu.
Dalam masa sama, sekolah berkenaan turut menyatakan kekesalan atas kecuaian yang berlaku itu.
Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kenyataan yang dikeluarkan berjanji untuk terus melaksanakan tanggungjawab pendidikan dengan penuh integriti demi maruah negara.
Menurut lembaga itu, pihak sekolah menerima makluman sekitar jam 5 petang dan mengambil langkah pembetulan dengan segera.“Seorang pekerja sekolah menjalankan tugas pemasangan bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun, akibat kecuaian, salah satu bendera telah dipasang dalam keadaan terbalik.
“Kesilapan ini adalah tidak disengajakan, kami mengakui bahawa ia telah menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam. Kami rasa amat kesal,” kata kenyataan itu.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh orang awam dan telah tular dalam kalangan pengguna media sosial.
Dalam masa sama, SJKC Chung Hua turut menyatakan sentiasa menitik berat penghormatan terhadap simbol negara dan komited dalam melaksanakan pendidikan patriotik.
Pentadbiran sekolah itu juga berikrar akan memperkukuhkan prosedur pemantauan dan pelaksanaan, serta meningkatkan tahap kewaspadaan dan ketelitian agar kejadian yang sama tidak akan berulang.
Sempena Bulan Kemerdekaan pihak sekolah mengumumkan terdapat pelbagai aktiviti patriotik sedang dilaksanakan termasuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Pertandingan Hiasan Kelas, Pertandingan Fotografi, Kuiz Hari Kebangsaan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Reka Poster dan Perarakan Patriotik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami