IPOH: Menyahut inisiatif Payung Rahmah, penyanyi Datuk Jamal Abdillah akan menjual hasil perusahaan ternakan lembunya pada Jualan Rahmah Jamal Abdillah Farm, selama dua hari bermula Ahad ini.
Pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64, itu berkata sejumlah 12 ekor lembu akan disediakan dan akan menambah bilangan lembu sekiranya tidak mencukupi.
"Di samping bersedekah dan juga menyahut seruan kerajaan untuk inisiatif Payung Rahmah, saya juga ingin memperkenalkan dan melancarkan syarikat Jamal Abdillah Farm untuk orang ramai tahu saya ada perusahaan lembu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata beliau merancang untuk membesarkan lagi ladang ternakan lembunya di Bukit Merah, Kerian pada masa hadapan.
"Selepas ini, rancangan saya untuk membesarkan lagi ladang saya ini, sekurang-kurangnya dapat menampung pasaran atau untuk keterjaminan makanan agar tidak ada isu kekurangan makanan," kata Jamal.
Jualan Rahmah Jamal Abdillah Farm dengan usaha sama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bakal berlangsung pada 7 dan 8 April ini bermula 9 pagi di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini yang menawarkan harga daging lembu di bawah harga pasaran.
Daging pejal dijual pada harga RM32 sekilogram (kg), manakala daging batang pinang (RM39/kg), tulang (RM26/kg), tulang rusuk (RM32/kg), organ (RM16/kg), kepala lembu (RM60/unit) dan gear box (RM10/unit).
Sebelum ini, dilaporkan Jamal mula berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu secara komersial sejak Mei tahun lepas di samping beliau berimpian mahu mempromosi bidang pertanian agar lebih ramai bumiputera terlibat dalam bidang itu.
Ladang ternakan lembunya seluas hampir dua hektar terletak di Bukit Merah dan dilengkapi dengan kandang lembu yang boleh memuatkan 300 hingga 400 ekor haiwan itu serta kawasan untuk menternak kambing yang juga dalam perancangannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Jamal berkata sejumlah 12 ekor lembu akan disediakan dan akan menambah bilangan lembu sekiranya tidak mencukupi. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.
Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.
Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.