awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias

Sinar Harian
Sinar Harian
02/07/2023
08:41 MYT
Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
Zaki turut berkongsi tangkap layar mesej daripada bapanya yang mengingatkan agar tidak mencampuri urusan politik. - Gambar/ Sinar Harian
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, tetapi Zaki Yamani lain pula yang kena tempias.
Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.
Semuanya gara-gara seorang pengguna media sosial bernama sama yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.
Rentetan tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu. Namun beberapa pihak telah 'menyerang' penyanyi berusia 17 tahun itu.
"Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera," tulisnya.
Tidak berdiam diri, Zaki atau nama penuhnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah menerusi akaun Instagram miliknya menjelaskan dia tidak ada kena-mengena dengan ciapan yang dibuat menerusi laman Twitter itu.
"Kepada Pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-harakan nama saya hari ini.
"Siapa nak jawab bila ayah saya dah sound (marah) saya ni," coretnya.
Dalam hantaran sama, Zaki turut berkongsi tangkap layar mesej daripada bapanya yang mengingatkan agar tidak mencampuri urusan politik.
Bahkan Zaki turut menjelaskan kepada Anwar bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
Terdahulu, Zaki pernah berduet bersama Anwar dalam satu majlis rumah terbuka di Terengganu pada Mei lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zaki Yamani
#Anwar Ibrahim
#jamal abdillah
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan