awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2016
08:00 MYT
Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Jamal ditemui selepas dibebaskan dari reman dari ibu pejabat polis Ampang Jaya dengan jaminan polis hari ini. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, (GNGMM) akan menggerakkan perhimpunan 'Bersih 7' untuk menyelamatkan negeri Selangor daripada kerajaan yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Tegasnya, gerakan itu akan melibatkan siri jelajah di lebih 700 lokasi di Selangor selain nekad untuk menyelamatkan negeri tersebut daripada pelbagai isu.
LAPOR LANGSUNG Bersih 5 di Kuala Lumpur
BACA: Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
BACA: 15 ditahan susulan Bersih 5
Jamal berkata demikian ketika ditemui selepas dibebaskan dari reman dari ibu pejabat polis Ampang Jaya dengan jaminan polis hari ini.
Jamal yang juga Ketua UMNO bahagian Sungai Besar turut mengucapkan tahniah kepada penyokong Baju Merah yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Sabtu lepas.
Ia termasuk yang ditangkap oleh polis dalam usaha mereka menentang perhimpunan Bersih 5.0.
Dalam pada itu, Jamal memberitahu, mereka yang mengambil bahagian di dalam perhimpunan pada Sabtu lepas merupakan anggota NGO.
Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tindakan akan diambil terhadap ahli UMNO yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.
Jamal ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu di sebuah hotel dan ditahan reman selama empat hari.
Turut dibebaskan hari ini adalah aktivis Gerakan Merah Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak Hassan serta Mohd Shahbudin Hassan yang ditahan reman pada Ahad lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat yang mesahkan perkara itu berkata kesemua mereka ditahan reman bagi membantu siasatan insiden kekecohan di Ampang Point pada 13 Nov lepas mengikut Seksyen 147/187/353 Kanun Keseksaan.
Pada 13 Nov lepas, Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih 5.0 di sebuah pusat beli-belah sehingga dilaporkan berlaku perang mulut dan tolak menolak antara anggota kedua-dua kumpulan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Bersih
#Bersih 7
#Gerakan Baju Merah
#Jamal Md Yunos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan