awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Yunos minta SPRM siasat kekayaan luar biasa Anggota Parlimen Ampang

Bernama
Bernama
18/04/2017
11:13 MYT
Jamal Yunos minta SPRM siasat kekayaan luar biasa Anggota Parlimen Ampang
Jamal (kanan) berkata beliau menyerahkan sebahagian daripada bukti dan dokumen kepada SPRM untuk menjalankan siasatan susulan ke atas Zuraida. Gambar fail
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang mungkin ada hubung kait dengan kekayaan luar biasa dimiliki seorang pemimpin muda PKR Selangor.
Jamal, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, berkata pihaknya berasa curiga bagaimana pemuda bergelar 'Datuk' itu dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dalam usia 28 tahun.
"Kalau anak buah boleh memiliki kekayaan seperti itu, sudah pasti ketuanya memiliki kekayaan lebih daripada itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Jamal berkata beliau menyerahkan sebahagian daripada bukti dan dokumen kepada SPRM untuk menjalankan siasatan susulan ke atas Zuraida.
Pemimpin muda PKR itu direman lima hari sejak 14 April lepas sebelum dilanjutkan tahanan remannya empat hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Lelaki tersebut menjadi tumpuan selepas media melaporkan kemewahan luar biasa termasuk dakwaan memiliki banglo bernilai jutaan Ringgit dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ampang
#Jamal Md Yunos
#kekayaan luar biasa
#PKR
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#UMNO
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan