awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan dinaiki air, penduduk terputus laluan perhubungan

Bernama
Bernama
24/12/2023
12:13 MYT
Jambatan dinaiki air, penduduk terputus laluan perhubungan
Menurut Penghulu Mukim Kampung Limau Kasturi Mohd Shaffien Mohmood, ekoran jambatan ditenggelami air ia mengakibatkan hampir 2,000 penduduk terjejas dan terperangkap. - Bernama
GUA MUSANG: Penduduk Kampung Limau Kasturi dan Kampung Serian, di sini, terputus hubungan sejak pagi tadi berikutan satu-satunya jambatan di laluan utama perkampungan itu dinaiki air.
Peniaga Mazita Mamat, 44, berkata beliau menyedari kejadian itu pada kira-kira 5.30 pagi ketika ingin keluar berniaga seterusnya memandu kenderaannya sambil membunyikan hon untuk mengejutkan penduduk yang lain.
"Saya sememangnya sudah dalam keadaan berjaga-jaga kerana sejak kira-kira 3 petang semalam hujan turun dengan lebat secara berterusan.
Pagi ini kira-kira 5.30 pagi, air melimpah ke atas jambatan Sungai Kerak, namun paras air naik dengan cepat sehingga paras betis selepas 20 minit kemudian," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Limau Kasturi, hari ini.
Menurut Penghulu Mukim Kampung Limau Kasturi Mohd Shaffien Mohmood ekoran jambatan ditenggelami air ia mengakibatkan hampir 2,000 penduduk terjejas dan terperangkap.
"Penduduk telah dinasihatkan untuk sentiasa bersedia berpindah sekiranya paras air semakin meningkat. Mereka yang tidak mempunyai rumah rakit dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Gua Musang Lt (PA) Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1.
Katanya sebanyak empat keluarga membabitkan 22 penduduk sudah berpindah ke PPS berkenaan setakat 6 petang tadi.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#jambatan dinaiki air
#Kampung Limau Kasturi
#kampung serian
#laluan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan