awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan hubungkan Selangor-Perak siap Mei 2025

Bernama
Bernama
18/10/2021
23:30 MYT
Jambatan hubungkan Selangor-Perak siap Mei 2025
Izham (kanan) pada sesi taklimat pembinaan jambatan kedua menghubungkan Sungai Air Tawar Selangor ke Hutan Melintang Perak di Kampung Dato' Hormat, pada Isnin. -Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM: Pembinaan jambatan kedua Sungai Air Tawar yang merentas Sungai Bernam ke Pekan Hutan Melintang, Perak sepanjang 2.04 kilometer (km) membabitkan peruntukan RM220 juta dijangka siap pada Mei 2025.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim berkata sebut harga projek yang bakal mewujudkan jaringan infrastruktur jalan raya menghubungkan Selangor dan Perak itu akan dikeluarkan pada Januari tahun depan.
"Projek tersebut atas permintaan penduduk akan memendekkan perjalanan daripada kebiasaannya 40 minit kepada 10 minit mengikut jalan biasa dan ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak cadangan pembinaan jambatan kedua Sungai Air Tawar di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), di sini, pada Isnin.
Izham berkata projek persekutuan itu membabitkan pembinaan jalan luar bandar sepanjang 3.2 km termasuk jambatan sepanjang 2.04 km, berserta kemudahan seperti pemasangan lampu jalan di persimpangan, jambatan serta sistem perparitan dan pemasangan perabot jalan turut dilaksanakan.
Sementara itu, Izham berkata kerajaan negeri Selangor sedang melaksanakan beberapa projek termasuk menaik taraf jalan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan naik taraf jambatan di Pekan Sungai Besar manakala projek naik taraf Jalan Sungai Panjang dari simpang jalan persekutuan ke Parit Empat Timur, Sg Besar sepanjang 3.5 km sedang dalam fasa rekabentuk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Kedua
#sungai air tawar
#Sabak Bernam
#Pekan Hutan Melintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan