awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah

Jambatan Jalan Tun Abdul Razak dibuka sementara sempena Thaipusam - Datuk Bandar Ipoh

Bernama
Bernama
20/01/2026
15:30 MYT
Jambatan Jalan Tun Abdul Razak dibuka sementara sempena Thaipusam - Datuk Bandar Ipoh
Zamakhshari berkata tempoh pelaksanaan projek baik pulih jambatan itu dilanjutkan dari tarikh asal 6 Jan kepada 6 Feb 2026. - Gambar Facebook Majlis Bandaraya Ipoh
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membenarkan laluan di Jambatan Jalan Tun Abdul Razak yang sedang dalam proses baik pulih digunakan sempena sambutan Thaipusam dari 28 Jan sehingga 2 Feb.

Ringkasan AI
  • MBI membenarkan laluan di Jambatan Jalan Tun Abdul Razak digunakan sempena sambutan Thaipusam dari 28 Jan sehingga 2 Feb dengan syarat tertentu.
  • Tempoh pelaksanaan projek baik pulih jambatan dilanjutkan hingga 6 Feb 2026 kerana keselamatan pengguna jalan raya dan kualiti pembinaan.
  • Usaha dilakukan bagi meminimumkan gangguan terhadap orang awam sepanjang kerja di jambatan itu berlangsung.

Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah dalam kenyataan berkata kebenaran menggunakan laluan di jambatan itu hanya bagi sambutan tersebut dengan pematuhan syarat tertentu.
"Pihak MBI mengambil maklum keperluan laluan jambatan terbabit bagi tujuan Thaipusam yang melibatkan aktiviti perarakan kavadi dan orang perseorangan untuk penyempurnaan upacara itu," katanya.
Sementara itu, Zamakhshari berkata tempoh pelaksanaan projek baik pulih jambatan itu dilanjutkan dari tarikh asal 6 Jan kepada 6 Feb 2026.
Beliau berkata lanjutan itu setelah mengambil kira keperluan penyelarasan awal projek bagi memberi ruang kepada sambutan Thaipusam memandangkan skop kerja projek melibatkan pembukaan serta perobohan struktur asal jambatan yang memberi kesan langsung kepada pergerakan trafik dan aktiviti masyarakat setempat.
"Selain itu, keadaan hujan yang lebat dan tidak menentu pada November dan Disember tahun lepas juga menjadi faktor penyumbang kepada kerja di tapak kerap tertangguh.
"Hal ini kerana pihak MBI lebih mengutamakan faktor keselamatan, kualiti kerja dan kepatuhan kepada spesifikasi teknikal," katanya.
Zamakhshari berkata MBI memberi jaminan pelanjutan tempoh itu merupakan langkah perlu dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, kualiti pembinaan jambatan serta kepentingan jangka panjang pembangunan bandar raya Ipoh.
Beliau berkata usaha sedang dan akan terus dilaksanakan bagi meminimumkan gangguan terhadap orang awam sepanjang kerja itu berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Ipoh
#Thaipusam
#kualiti kerja
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.