awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Kampung Pulau Setelu dibuka kepada semua kenderaan

Bernama
Bernama
05/10/2018
21:56 MYT
Jambatan Kampung Pulau Setelu dibuka kepada semua kenderaan
Jambatan sementara Kampung Pulau Setelu dibina bagi menggantikan jambatan asal yang roboh dilanda banjir besar pada 2014, manakala jambatan baharu masih dalam pembinaan. - Gambar fail
Jambatan sementara Kampung Pulau Setelu menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli di sini, yang ditutup akibat ditenggelami air Sungai Nenggiri, dibuka semula kepada semua kenderaan mulai 6.30 petang Jumaat.
Sebelum jambatan itu dibuka selepas air sungai berkenaan surut, penduduk bergotong-royong membersihkan kayu hanyut tersangkut di atas jambatan berkenaan yang turut menghalang kenderaan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Gua Musang, Mohd Yusalmi Yusoff berkata mereka mengambil masa kira-kira dua jam untuk membersihkan kayu tersebut.
"Tidak ada kerosakan pada jambatan itu dan berpuluh kenderaan yang terkandas sejak 9 pagi tadi mula melalui jambatan tersebut," katanya ketika dihubungi.
Jambatan sementara itu sering ditenggelami air setiap kali berlaku hujan lebat di kawasan hulu sungai berkenaan kerana dibina rendah dengan permukaan sungai.
Jambatan itu dibina bagi menggantikan jambatan asal yang roboh dilanda banjir besar pada 2014, manakala jambatan baharu masih dalam pembinaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#banjir
#Gua Musang
#hujan lebat
#jambatan
#Kampung Pulau Setelu
#kenderaan terkandas
#Mohd Yusalmi Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan